Ahad, 11 Januari 2015

Terbaik Dari Langit

Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan
Pasti ia akan mencari jalan pulang
Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali

Bila air mata menitis
Pasti ia datang dari hati
Kita harus kuat terima kenyataan
Tak usah terus berduka dan menangis semacam bayi

Isnin, 5 Januari 2015

Nada Sepi

lama jua tidak bertulis
lama jua tidak diilhamkan
lama jua kasih tak dicurah

mana pergi setiap inci cerita
aku entah peduli kenapa
yang bererti aku tahu
kenapa perlu semua berlaku

hampir selama kita kenal
hampir seakrab kita jadi
hampir sedarah kita kongsi
hampir airmata kita kesati

engkau tetap ada
engkau tetap wujud
dalam setiap nada liku
dalam setiap hembusan hiba
engkau ada
engkau wujud
tapi dengan cara perihal engkau sahaja

aku terima
kerana engkau
aku yakin
kerana engkau
aku pasrah
kerana engkau
aku pasti
semuanya kerana engkau

kini, semuanya hampir tertulis
itu ini bagai semua kian pasti
entah bila mana kelak diimpikan
siapa yang tanya
siapa yang duka
siapa yang peduli
jawapan harap kau tahu
ianya aku disisi

terima kasih sang hidup
mengaturkan setiap bait indah
menitikan setiap kali kata cinta
meniupkan setiap ruang sepi
terima kasih

kerana aku tetap percaya
pada keajaiban yang tak pernah hilang
keajaiban yang kita berusaha
kelak dia akan nampak
kelak dia akan tahu
kelak dia akn terima
baik buruknya aku

Sabtu, 16 November 2013

Dan Jika Kerana Aku Terima Maaf

dan jika semua yang dirancang
dan lagi berubah dalam waktu
dan bila mengikut perihal kata
dan engkau diam berbisu lama
dan engkau luahkan jua
dan jua saat bila dah lambat

jika itu yang dimahu
jika begini permulaan akhir
jika segenap hati ini berubah
jiika semuanya palsu kembali
jika tipu untuk kebenaran
jika itu tak akan jadi begini

kerana masih aku berasa demikian
kerana masih aku akui
kerana sayang pada ukhwah
kerana sebab hati
kerana jua kata hati
kerana ini adalah aku

aku tahu aku salah
aku tahu aku lemah
aku tahu aku ego
aku tahu aku penakut
aku tahu aku

terima atau tidak
terima atau buang
terima atau biar
terima atau paling
terima atau pusing
terima atau kasih

maaf atas perilaku aku
maaf atas bongkak aku
maaf atas tipuan aku
maaf atas kedaifan aku
maaf atas kelemahan aku
maaf atas segala
maaf atas jua umpamanya

Isnin, 19 Ogos 2013

It's not Easy - Five for Fighting


I can't stand to fly
I'm not that naive
I'm just out to find
The better part of me 

I'm more than a bird 
I'm more than a plane
More than some pretty face beside a train
It's not easy to be me 

Wish that I could cry
Fall upon my knees
Find a way to lie
About a home I'll never see 

It may sound absurd but don't be naive
Even Heroes have the right to bleed
I may be disturbed but won't you concede
Even Heroes have the right to dream
It's not easy to be me 

Up, up and away, away from me
It's all right
You can all sleep sound tonight
I'm not crazy, or anything

I can't stand to fly
I'm not that naive
Men weren't meant to ride
With clouds between their knees 

I'm only a man in a silly red sheet
Digging for kryptonite on this one way street
Only a man in a funny red sheet
Looking for special things inside of me 

It's not easy to be me.

Rabu, 14 Ogos 2013

Selimut Hati


Entah kenapa terjadi lagi
Diharapkan sedemikian
Dibalas sebegini
Salahkah bila aku mengharap
Pada yang paling terbaik
Pada yang paling maksimum
Hakikat aku mahukan
Hanya yg paling sempurna
Walaupon tak pernah wujud
Setidaknya aku mencuba
Salahkan aku berharap sedemikian??
Aku mengerti perihal mu
Aku memahami isi hati mu
Aku cuba menyelami segalanya
Entah lah
Aku putus, aku lemah, aku darah
Dengan semua durjana hati
Kelak sendiri kamu akan mengerti
Yang mana hakikat hati
Bukan hanya untuk dihayati
Tapi jua lebih mengerti
Saat itu, aku masih dihati
Agar kamu tidak
Keseorangan menghadapi pahit hidup
Hanya saat itu
Syurga akan menyelimut kamu

Dua Pilihan

jeles pula melihat
jeles pula nak terasa

tapi tak apa lah
semua mimpi untuk direalitikan

aku redha
atau pon
aku pasrah?

Gusaran Setengah Mati

bila yang dimahu, diimpiankan
semuanya hanya sampah yang perlu dibuang
dipungut semula, dibuat kembali
terasa senang bagai diatur semua
yang dulu dijanji semuanya
yang kini bila dimahu
diendah bagai rupa kosong yang tiada

kelak kamu akan mencari
bila sedih mulai menyapa
siapa yang sanggup bersisi
yang tiada kata mengelak
jika kelak saat hiba tiba
sekali lagi pasti hendaknya
kamu pasti semuanya
akan diikut kemahuan 
tanpa perlu tangan menghulur

jika kasih dan impian dicelaru
yang mana pasti akan kamu temui
yang resah gulandah semalaman
memastikan semuanya akan direncana
sempurna tanpa cerla 

jika itu yang kamu mahukan
jika itu yang kamu impikan
berangin tanpa udara yang nyaman
berkasih tanpa hati di dalam
itu yang akan diberikan
itu yang akan dipastikan

agar selimut terus menyapa kasih syurga hati
sang putera tetap pada kalimah janji

Selasa, 30 April 2013

letih

letih aku
menjaga hati orang
menjadi orang lain
berpura senyum
berpura duka
memulakan semua

letih aku
dengan dugaan yang timpa
memang tak patut
merungut khayalan
tapi dugaan ini sangat berat
sangat lah berat

letih aku
dengan penyakit yang datang
satu demi satu
terbaru kemungkinan jantung
aku takut sangat
yang aku tak sempat
untuk meleraikan dugaan yang diberi

aku letih
teramat letih
letih jadi kuat
letih jadi hebat
letih jadi sahabat
letih jadi inspirasi
letih jadi permula
letih sangat
sangat letih

Khamis, 25 April 2013

Aku

aku suka kamu
bila saat pertemuan yang diatur
pada sekalian kali mata bertemu
dikala detik hati mula berkata
saat itu aku pendamkan

aku tertanya kamu
ketika itu hati kamu milik dia
bila itu kamu sayangi dia
kamu segalanyakan dia
detik itu aku pendamkan

aku kawan kamu
segalanya memudahkan aku
kamu kini kawan aku
sekarang lebih sekadaran
kawan menjadi sahabat
dan aku masih sukakan kamu
namun aku masih pendamkan

aku sahabat kamu
dengan segala kamu ceritakan
dari hati hingga ke duka
dari perasaan hingga luaran
aku jadi lemah untuk kamu
untuk kamu berasa selesa
sejujurnya untuk aku
supaya tidak kehilanganmu
sehingga kini
aku masih pendamkan

aku sayang kamu
hati yang kering mula dibasahi
aku segalakan agar aku mampu
tapi kadang kala
aku letih berpura yang pudar
itu lebih indah
yang kaca itu pilihan
dan bukannya hati
sebab kamu memandang
bukannya hati tapi mata
aku pasrah denganNya
kerana aku masih lagi diuji
aku letih


Khamis, 28 Februari 2013

feel

found new entertainment and scope that need to be digging more which is Photoshop..

where to begin with?? this picture tell something which is duplicating. maksud aku dengan term "duplicating" ni adalah perangai manusia yang berubah-rubah..

or in others word, the feelings that changing 

Rabu, 27 Februari 2013

5 Perkataan


remaja 19 tahun yang lain masih terhuyung-hayang dengan fantasi dunia.
namun dia, 1001 kisah cerita yang direalitikan dalam seharian
keluarganya, kesihatan keluarganya, cerita takbirnya dan seluruhnya
memang penangan abadi yang diberikan
ujian hidup dinyatakan
tapi dia sebaliknya
5 perkataan yang mampu diberi:
tabah, ikhlas, tanggungjawab, kesabaran dan wisdom
aku hormat manusia sebegini
dan yang ciri itu masih lagi aku boleh belajar
yang tua belajar dari yang muda
dan kisahnya orang asing anggapan keluarga
aku terkedu, kelu dan sadis
dugaan setiap ditanggung berat mutlak
bersabarlah duhai hati lara
ujian hidup sebagai pemanis kehidupan
baru indah nikmat dicirikan kelak

Khamis, 14 Februari 2013

Redup Matamu


fahami, kenali dan yakini akan setiap ketentuan yang telah lama ditakdirkan.. yang berlalu tetap pergi, yang depan tetap menanti.. aku tidak pandai meluahkan, tidak pandai mengatur seribu juta dayus, menjanjikan sejenak kebahagiaan yang tidak pasti.. tapi yang aku yakin, aku mampu membahagiakan, aku mampu belajar untuk menjadi yang terbaik, aku mampu untuk mengecapi setiap kekurangan.. 

sebenarnya, aku takut untuk meluahkan, takut untuk berjanji, takut untuk mengatakan semuanya sebab aku takut aku tak terdaya melakukan semua.. aku memang pengecut, aku lebih lagi sanggup melihat dia berbahagia dengan insan pilihan dia daripada aku meluahkan.. namun, jika aku luahkan?? jika aku bercerita hal sebenar?? adakah dia akan?? urm, pilihan yang ada sekarang, hanya dua; ya atau tidak.. entahlah berkata, biarlah yang tulis bercerita...


Rabu, 13 Februari 2013

Lukisan Masa

14/2/2013, detik 1330, gambar dipetik dan inilah lukisan hati 



28 January 2013,  detik 1948, lukisan saat dipetik, pantai murni yan


wajah yang penuh dengan 1001 cerita, anak bumi gaza, 10/12/2012, detik 1352, gaza


lemang untuk syawal, sajian turun temurun, 18/8/2012, detik 0852




Ahad, 10 Februari 2013

Asharina Hamid, Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir Ina, buat masa ni aku tak mampu bagi hadiah lagi ye.. nnti aku bagikan, tapi before hadiah aku tu tiba, ambiklah hadiah "kata" dari aku dulu lah ye.. Walaupon tak seberapa, but thank you for everything and anything that you had done for me.. Perkenalan ini akan aku jaga sampai ke akhir hayat aku, sepertimana aku menjaga perkenalan aku dengan kawan-kawan terbaik aku.. Yes, aku memilih kawan dan hasilnya semua kawan aku adalah yang terhebat dalam hidup aku and you are one of those people. Semoga bertemu jodoh yang kau hendakkan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, diberkati dunia dan akhirat, mendapat result yang cemerlang dalam degree ni dan semoga success selalu lah ye.. 



* tolong jangan letakkan dalam twitter ye blog ni or even this picture.. 

Jumaat, 8 Februari 2013

Missing You and Its You, Yes You!!

and just let picture tell the story, word sometimes is too mainstream to be understand by heart..