Jumaat, 29 Oktober 2010

Duhai Sehening Hati

Aduhai hati yang selalu gundah gulana. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu?? Sedangkan dunia itu sering menipumu. Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati. Ingatlah, syaitan itu sentiasa tidak mahu melangkah kalah dan tidak pernah putus asa. Pada setiap saat masanya adalah berharga ternilainya. Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan cucu-cucu Adam dan Hawa. Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu? Wahai hati gundah gulana...

Aduhai hati yang penuh kesedihan... Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian.. Wahai hati yang penuh kesedihan...

Aduhai hati yang rawan... Engkau jualah yang memesan pada sang empunya diri akan semua takdir Illahi.. Biarkan diri itu belajar semua yang berkaitan dengan dunia kamu... Bukankah itu tujuan kamu yang sebenarnya?? Belajar dan mengajar insan sekeliling kamu.. Ingatlah duhai sang hati, ilmu itu tidak pernah hilang dek zaman... Bukankah hati tersebut asal dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya??? Bukankah Firdaus itu nama kamu??? Yakinkanlah pada namu kamu pabila kamu menghadapi setiap ujian dan juga dugaan.. Sememangnya sudah termaksub akan kamu untuk lalui semua ini.. Dengarlah wahai hati kecilku...