Duhai adikku, kegagalan sekali bukan bererti akan terus gagal.. Sebaliknya pandanglah ke hadapan agar lebih yakin dan kuat untuk berdaya saing dalam segala aspek.. Semua yang terjadi telah diatur untuk kamu menjadi lebih matang dan cerdik bila berada di dunia luar kelak...
Kuatkanlah hati kamu, nescaya kamu akan dapat melihat semua yang abang kamu maksudkan.. Bangun dan terus berlari untuk mengejar segala apa yang kamu impikan... Dalam kamu bersuka ria, ingatlah wajah ayah dan ibu adik... Peluh-peluh mereka mencari sesuap rezeki yang halal untu membiayai adik belajar.. Pejamkan mata adik, panggillah dengan sekuat hati... Makkkk, ayahhhhh.... Tentu adik nak lihat ibu adik gembira dengan kejayaan adik kan?? Tentu adik nak tengok ayah adik bangga dengan kejayaan adik kan... Jadi, kenapa adik masih tunggu dan menanti lagi... Kejayaan bukannya datang bergolek...
Abangmu hanya ingin mendidik kamu melalui pengalaman abang sebelum ini... Hidup abangmu ini penuh dengan corak warna yang begitu banyak.. Hanya itu yang mampu abang lakukan untuk adik abang.. Bukannya keegoan yang menjadi tajuk utama, tapi hanya keinginan melihat kamu berusaha sendiri di dunia yang penuh dengan fana ini dengan sendiri.. Kerana kelak kamu akan menjadi seorang insan dewasa, yang sudah pasti akan terlibat dengan bermacam-macam karenah manusia.. Di situ, ingatlah nasihat dan tunjuk ajar abang...
Abang mahu adik-adik abang terus berjaya dalam dunia dan akhirat.. Mahu menjadi lebih maju dri abang...
Nukilan ikhlas Mohd Amir Firdaus untuk Mohd Amir Faiz, Mohamad Amirul Syafiq, Nur Amira Syazana, Mohamad Luqman Hakim