Jumaat, 21 Januari 2011

Dia Segalanya

rindu tu tiba-tiba datang. dalam sesibuk diri menghadapi dunia luar, rindu pada Ayu mula timbul. "Aduh, rindunya aku padamu, macamana dia sekarang ni?" persoal aku akan diri sendiri. otak makin pusing memikirkan rindunya pada seseorang itu. memang kuat penangan rindu tu, memang ternyata diri berasa begitu gelisah untuk bertemu dengan insan terpilih itu. rasanya dah dekat 3 tahun aku tidak bertemu dengan dia. memang teramat rindu aku padanya. aku dan ayu memang dah lama berkawan tapi kawan kami tu hanyalah pada erti sebuah persahabatan. memang aku ada suka pada ayu dan aku mengambil masa yang lama untuk meluahkan semuanya pada dia. kerna bagi aku, aku lebih rela memendam rasa cintanya aku pada ayu dari aku terus kehilangan ayu. aku takot ayu tidak dapat terima kecacatan yang ada pada aku. aku sejak kecil mengalami penyakit kulit bersisik. di mana aku pergi, semuanya menghina aku, takot dengan aku. tapi hanya ayu seorang sahaja yang mengerti semua itu. dia yang banyak memberi semangat kepada aku. bagi aku ayulah sahabat aku.

kami sama-sama belajar, sama-sama melanjutkan pelajaran. tapi aku terpaksa berpisah dengan ayu ketika kami melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. ayu masuk universiti tempatan, aku masuk universiti luar negara. memang impian aku untuk melanjutkan pelajaran aku di tempat asing. tapi, aku terpaksa berpisah dengan insan yang paling aku sayang dan hargai. aku terfikir sejenak, mungkin ini sudah menjadi suratan untuk aku berpisah seketika dengan dia.

**********************************************************************************
saban hari berlalu, setiap saat berdetik jua. alangkah cepatnya 4 tahun berlalu, aku kini akhirnya ...... (bersambung)