pernahkah kau terfikir
sejenak indah dunia bicara
membuka bayangan yang entah mengerti
hanya mengejar dunia seumpamanya
pada purnama membisikkan kata syahdu
mengukirkan pada setiap luka
akan nilai sebuah air mata
diam bisu ketawa riang
tersentuh akan semua memori
itu jualah pemangkin segalanya
hanya kerana terlalu telus
terlalu taksud akan asmara dunia
hanya tepat pada setiap hembusan
yang kini akan terus memahami
disebalik semuanya itu
tapi dia tetap pelindung pari-pari
akan bahagia sehingganya usia
melengkap onak dan duri
dalam mencipta berjuta memori
hanya yang indah terpahat
tepat terus di setiap hati
setulus kasih suci
memahami untuk segalanya