Rabu, 22 Februari 2012

Berapa Harapan


dalam waktu sekarang, masih lagi tidak mampu untuk aku menerima hakikat. benar kata sang pujangga, hati yang suci itu ikhlas dan ikhlas itulah pelengkap sang jiwa. terasa teramat-amatlah kosong dan kosong. tiada yang mampu diisi dengan suka dan riangnya. mungkin ini perencah kehidupan yang perlu ditelan demi kebahagiaan di kemudian hari kelak. insyallah.

tarikh 22/2/2012 ini, aku ternyata GAGAL dalam mencapai keinginan aku. aku sendiri yang menawarkan diri dalam program itu, tapi sayangnya aku sendiri yang gagal untuk melaksanakan. sayang yang teramat-amat sayang, alasan tiada kenderaan menjadi isu pertama. dan soalannya, mengapa anda terima tugas itu kalau anda sendiri tidak tahu mengendalinya?? jawabnya mudah, sebab aku nk mengetahui cara-cara uniten. memang, aku ternyata LEMAH di sini. yup, bila keseorangan, ternyata aku nampak lemah. aku suka macam tapi hanyalah kadang-kadang sahaja. 

tiada siapa untuk aku meluahkan segalanya. dulu aku ada, sekarang aku sudah tiada. entah kenapa diperlukan lagi. yang aku harap hanyalah sinaran baru. aku memerlukan kenderaan di sini. tapi wang tidak mencukupi. aduh, seksa hati bila memikirkannya. kenapalah aku bodoh sangat??? kenapalah aku tidak sekaya yang lain??? kenapa??? soalan yang sering kali terbayang-bayang, tapi jawapannya mudah.. kerana ujian untuk menduga seseorang itu dan itulah lumrah kehidupan.