Sabtu, 7 April 2012

Hati Menangis Terluka Semula

sudah lama aku pendam segalanya. hanya di ruangan sepi ini yang mampu aku sampaikan segalanya yang terbuku di hati. biarlah tiada yang membaca, tapi yang pasti adanya luahan hati di sini. aku sebenarnya teramat letih dengan semua yang aku perolehi. aku tidak minta memperolehi kesemua ini. tapi apa akan dayaku, aku tidak pinta tapi ia tetap datang.

sebenarnya memang yang lain akan kata, CINTA bukan pada paras pada hakikat pada hati. aku rasa, CINTA bukan pada hati, tapi pada akal. CINTA yang berdasarkan hati akan terus dikuasi oleh hati untuk melakukan semuanya yang tidak disangkakan. tapi bila CINTA berdasarkan akal, ternyata akal yang menguasai jua. namun, amat susah bagi aku untuk mencari CINTA berpaksikan akal ini. semua yang aku jumpa hanya hati. kesian, kasihan, simpati, hanya itu yangg terlintas pabila aku cuba untuk dekati. tapi ternyata, itu bukannya pilihan aku. namun, pabila terpisah, seksa teramat kepedihan itu. ternyata, amat pedih sekali pabila kehilngannya. yang pasti, aku akan terus mencari CINTA aku itu. 

apabila waktu berdetik tiap kalii saatnya, berdetik juga umur untuk terus menghadapNya. adakah besok atau hari seterusnya akan tiba? ternyata aku amat takut untuk hadapi semua ini. namun, penyakit takut mati inilah yang menyebabkan manusia tidak berhati perut. percayalah, jika manusia mula mempercayai akan mati dan pembalasan, ternyata tiada kejahatan yang akan muncul. aku berasa amat tidak sedap hati kebelangkangan ini, ternyata sesuatu yang buruk akan berlaku. tapi semua itu ketentuanNya, bukan semua permintaan yang hidup.

disini aku terasa amat sunyi. tiada sahabat yang aku dapat semasa di sini. kadang-kadang, aku amat cemburu melihat mereka yang mempunyai kawan-kawan untuk keluar bersama. aku tiada apa yang dikehendaki. dulu, semasa aku di KPTM, aku terasa amat penuh. perasaan dikelilingi dengan kawan-kawan. teramat aku rindukan. setiap kali aku nampak mereka online di facebook, teringin sangat nak menegur. tapi aku takut kisah silam dibukan semula. aku tidak mahu semua itu terus menjadi penghalang. serius cakap, aku amat rindukan kawan macam nasir, bilal, aisyah, mastura, alia, asita, faezah, kak echa, adik2 junior, staff2 kptm. mereka ada saja cebisan dalam ingatan aku. teramat aku rindu pada mereka semua. di sini, aku tidak jumpa LAGI semua yang aku impikan, yang aku harapkan. atau mungkin, aku yang menutup ruang hati aku untuk terus menerima kawan yang baru. tapi di sini, kawan sememangnya kena pandai memilih.