Sudah menjadi satu kembali arah kata, pujangga yang diucap akan terus memakan diri. Entah bila ianya akan dimakan atau pun dimamah, masih lagi mencari ruang dan waktu. Dan pastinya kelak, semua akan menjadi nyata.
Kematian memang tak dapat dipisahkan dengan erti kehidupan. Tiap yang hidup pasti akan terus mati, yang bakal menjadi perdana menteri belum tentu, yang bakal merentap dunia pon belum pasti, yang bakal memimpin sebuah umat pon masih terbayang-bayang, namun yang pasti hanyalah satu kematian. Itu hakiki dan kelak menjadi pedoman buat semua.
Tarikh 10/10/2012, aku kehilangan seorang insan yang bagi aku agak istimewa. Beliau secara nyatanya, tiada penganti. Beliau tetap insan pertama yang seumpamanya di dalam hati. Ibu saudara aku yang teramat aku sayangi telah pergi kepada Yang Maha Agung Sang Pencipta. Kembalinya ke sisi Illahi menguatkan lagi hati aku akan sebuah kematian yang pastinya akan tiba juga untuk aku. Saat sedih menyelubungi diri waktu dia akan dikapan dengan kain berwarna putih. Putih suci dia kembali kepada Illahi. Hiba dan sayu saat suasana itu, anak kecil yang tidak mengerti pon seolah-olah memahami suasa tika itu. Sakit jantung yang dialaminya waktu itu memang memeritkan. Banyk wayar-wayar yang dicucuk sekeliling tengkuk beliau, sakit memang tidak kelihatan tapi terasa. Hendak saja aku menanggu kesakitan itu bagi pihak dia tapi apakan daya sudah begitu nasib dan tanggunggannya. Waktu diminta oleh ibu aku untuk menkucup jenazah buat kali terakhir, memang sejuk sangat aku rasa. Dahinya sejuk, biru-biruan dan wajahnya aman. Indah ciptaan Allah , dihidupkan dengan indah dan dimatikan dengan indah juga. Disebabkan beliaulah, aku melangkah ke Uniten. Jika tidak kerana beliau pada masa tersebut, tidak langkah kakiku ke Uniten ini. Disebabkan beliau jugalah, keluarga aku membeli kereta untuk aku. Memang disebabkan beliau semuanya.
Hati aku sunyi ketika ini, memikirkan yang pasti dan yang nyata. Entah yang mana patut aku ikuti dan yang mana aku patut aku jauhi. Dan yang pasti, ianya wajib dilaksanakan.