Isnin, 26 November 2012

dan bila akan waktu tibanya

aku banyak kawan perempuan dari kawan lelaki.. sebab utama aku kurang kawan lelaki, sebab aku memilih teramat sangat.. aku bukannya hanya nak seorang kawan, tapi aku nak seorang sahabat, seorang insan, seorang pendorong dan seorang pemangkin. 

rata-rata kawan laki aku semuanya adalah sahabat aku bila aku susah dan adik beradik aku bila aku senang..  itu mereka. tapi sebelum nak dapatkan semua ni, hati tuu memang banyak kali akan sakit.. rasa sakit sangat-sangat bila dia tuu bukannya kawan yang kita harapkan. namun, hakikatnya, matahari disembunyikan, hujan diturunkan demi untuk menyajikan pelangi yang indah. 

untuk yang terbaru, seorang budak lepasan spm jadi taruhan.. entah dia boleh kee tidak pon tak tahu.. antara sebab aku pilih dia adalah cara pemikiran dia yang unik.. dia berfikir sebelum dia bercakap.. jarang aku jumpa orang yang connectkan otak ngan mulut ni.. lagi sebab dia x ada sifat marah.. api marah dia tuu seolah-olah hilang. hurm, aku pelik bab ni.. mcmana api dia boleh hilang?? hurmmm.. selain itu, dia ni jenis insan yang kurang kasih sayang.. yang ini obvious sangat.. tambhan, dia ni ada something.. tadi aku tanya dia, apa dia nak jadi.. jawapan dia, dia nak jadi pemimpin.. aku terkejut sikit kat situ, jarang ada budak umur level dia yang dah pikirkan pasal tanggungjawab.. dia something different.. aku rasa dia kalau jadi pemimpin, dia akan jadi pemimpin yang sama jalan dengan aku tapi berbeza cara dia.. tapi dia perlukan pengalaman hidup yang aku rasa dia kena cari sendiri.. dia kena tempuh banyak benda sebelum umurnya masuk 20.. dan bila umur masuk 20, fasa baru akan bermula: fasa identiti diri.. 

sebelum nak jadikan dia sahabat kita, banyak benda kita sendiri perlu uji.. dan pabila banyak benda kita kena uji, banyak benda jugak kita akan rasa sakit hati.. tapi lama-lama nanti oke lahh.. 

aku belajar tengok manusia ni masa kat kptm.. belajar melalui pengalaman dan pemerhatian.. ditambah pula dengan perangai aku yang macam sesumpah ni, memang kena sangat.. bukan nak puji diri, tapi bangga dengan pencapaian diri.. itu sahaja.. at least, aku ambik something masa pengalaman hidup yang lalu.. tak gitu??

dengan orang ni kita akan jadi air, kadang-kadang wap dan kadang-kadang ais.. tapi hakikat tetap sama, dri unsur air..