anda sudah sedia mengetahui akan akibatnya, kenapa masih dibuat demikian?
sekarang hati sudah resah gelisah dan negative input, siapa yang harus disalahkan??
bukan pertama kali sedemikian kalinya terjadi, mengapa masih tidak belajar daripada kesilapan?? kenapa??
relakan hati dikotori dengan titik hitam, sengaja atau tidak??
seronok tengok akibatnya nanti, kiri semua itu.. jangan dilayan sangat belahan durjana laknat itu.. mengerti??
jauhkanlah dari kamu, elak dari dia.. untuk kebaikkan semua pihak..
hati memang sakit, tapi itulah lumrah hidup..
senang cakap kan?? tapi bila terkena dengan diri sendiri?? wujud tidak perkataan 'sabar' semua kaitan itu. tentu tidak kan??
sudah cukup matang untuk bertindak dengan akal
sudah cukup kuat untuk menundukkan emosi
sudah cukup ilmu untuk melakukan perancangan
percaya akan ilmu yang dianugerahkan
bukan untuk diriakkan
bukan untuk didendamkan
dan bukan untuk dinafsukan
mahu pon bukan untuk dinegatifkan
kembali kepada Yang Maha Esa
nescaya akan dibekalkan cahaya
untuk digunakan dalam gelita
dan pekat kegelapan
disitulah akan wujud
satu pedoman yang hakiki
dan anda mengetahui hakikat tersebut
sentiasa Dia disisi