Rabu, 6 Februari 2013

26/1


perasaan bila berjauhan dengan keluarga memang sadis.. seolah-olah kena berhadapan dengan duniawi keseorangan tanpa sebarang ilmu dan pedoman.. namun, bila ada seseorang yang sanggup menyelami lautan hidup cerita kita, dialah yang kita akan anggap keluarga seterusnya. thank you for let me drive through your story kid.

 aku dah mula merasai satu perasaan baru. perasaan untuk menerima segalanya SEADANYA. baik buruk sekali pon semua, nyataannya ia tetap perlu dikasihi. mata hati masih perlu ditajamkan, masih perlu dicurahkan, masih perlu banyak dipelajarikan. kalaulah semua yang aku lihat berdasarkan hati seperti sekala kali, tentu hidup lebih indah dinikmati.



kekadang, hati mula menerima unsur negatif dan akal mula mengiyakan. parah gundah setiap bait bicara kelak dan mahu pon tindakan. namun, ianya cukup pasti sengaja dibiarkan sedemikian agar hidup lebih berbaloi untuk tidak dibiarkan berlalu pergi sebegitu sahaja.

hari demi hari, banyak pelajaran luar yang diadaptasikan. semuanya harus diterokai dan dikonklusikan sendiri. nampak lemah, tapi itulah yang aku cuba belajar. belajar untuk mengharap pada yang lain, belajar untuk menjadi lemah, belajar untuk menurunkan ego, itu lebih mustahak.