Rabu, 14 Ogos 2013

Gusaran Setengah Mati

bila yang dimahu, diimpiankan
semuanya hanya sampah yang perlu dibuang
dipungut semula, dibuat kembali
terasa senang bagai diatur semua
yang dulu dijanji semuanya
yang kini bila dimahu
diendah bagai rupa kosong yang tiada

kelak kamu akan mencari
bila sedih mulai menyapa
siapa yang sanggup bersisi
yang tiada kata mengelak
jika kelak saat hiba tiba
sekali lagi pasti hendaknya
kamu pasti semuanya
akan diikut kemahuan 
tanpa perlu tangan menghulur

jika kasih dan impian dicelaru
yang mana pasti akan kamu temui
yang resah gulandah semalaman
memastikan semuanya akan direncana
sempurna tanpa cerla 

jika itu yang kamu mahukan
jika itu yang kamu impikan
berangin tanpa udara yang nyaman
berkasih tanpa hati di dalam
itu yang akan diberikan
itu yang akan dipastikan

agar selimut terus menyapa kasih syurga hati
sang putera tetap pada kalimah janji