Isnin, 5 Januari 2015

Nada Sepi

lama jua tidak bertulis
lama jua tidak diilhamkan
lama jua kasih tak dicurah

mana pergi setiap inci cerita
aku entah peduli kenapa
yang bererti aku tahu
kenapa perlu semua berlaku

hampir selama kita kenal
hampir seakrab kita jadi
hampir sedarah kita kongsi
hampir airmata kita kesati

engkau tetap ada
engkau tetap wujud
dalam setiap nada liku
dalam setiap hembusan hiba
engkau ada
engkau wujud
tapi dengan cara perihal engkau sahaja

aku terima
kerana engkau
aku yakin
kerana engkau
aku pasrah
kerana engkau
aku pasti
semuanya kerana engkau

kini, semuanya hampir tertulis
itu ini bagai semua kian pasti
entah bila mana kelak diimpikan
siapa yang tanya
siapa yang duka
siapa yang peduli
jawapan harap kau tahu
ianya aku disisi

terima kasih sang hidup
mengaturkan setiap bait indah
menitikan setiap kali kata cinta
meniupkan setiap ruang sepi
terima kasih

kerana aku tetap percaya
pada keajaiban yang tak pernah hilang
keajaiban yang kita berusaha
kelak dia akan nampak
kelak dia akan tahu
kelak dia akn terima
baik buruknya aku