Rabu, 16 Mac 2011

Angin Sayonara

khabar itu seperti biasa adalah sesuatu yang amat dinantikan selama ini. hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk terus melangsungkannya. perkenalan hampir 10 tahun, indah duka bercampur semuanya kini menjadi satu memori abadi. dialah yng selama ini yang mencorak setiap percaturan aku, setiap seni kosa kata aku, setiap lumrah bidaan aku. dialah perangkanya.

aku harus bergembira bagi pihaknya, tapi hati ini bercampur rentak seribu perasaan. seronok, sedih dan segalanya. memang tidak sangka dia akhirnya akan tetap menjadi hak milik insan lain yang sudah pastinya akan terus membahagiakan dirinya kelak. insyallah hendaknya. menjadi seorang insan terbaik disamping dia memanglah satu yang amat menceriakan suram yang kusam. itulah dia kuasa abadi keikhlasan perhubungan kekal. memang ternyata aku akan terus berdoa agar dia menjalankan setiap tanggungjawab yang digalas itu sebaik eloknya. 

selamat menjadi tulang belakang seorang insan yang bergelar suami ya. jaga tingkah laku kamu kelak, ingatlah yang kamu tu dah menjdi isteri orang dan bukannya kawan orang. ingat taw. aku sentiasa akan terus support awak taw. ingat yaaa, eliza baizura bt awang.......