memikirkan sesuatu sejak akhir-akhir ini. entah apakah yang diimpikan itu. aduh, memang ternyata aku memikirkan dia seadanya. yup, dia selalu. berjumpa dengan seseorang macam dia memang satu kesyukuran yang telah aku impikan sejak sekian lama kalinya ini. hanya diri yang mengetahui segalanya yang pernah diharpakan untukmu.
memang ternyata dia sudah berlainan dengan apa yang aku mula bertemu dengan dia. bukannya jenis yang terus bergantung pada orang lain dan bukannya yang sejenis yang diharpakan untuk menjadi seperti. namun itulah hakikat sejatinya, dia dah berubah segalanya. tentu dari hatinya juga berubah. aku mengerti semua yang terdampar di setiap bait-bait katanya. memang itulah dia insan yang baru dilahirkan semula kini.
semuanya kian akan berkahir kelak nanti, mungkin ya atau tidak aku tidak akan berjumpa terus dengan dia. mungkin ya, kalau masih dipanjangkan umur jodoh pertemuan kami. mungkin tidak, kalau dia bukanlah jodoh pertemuan aku selamanya. hanya di dalam naskah multimedia ini sahaja yang mampu aku ukirkan bait demi bait. hanya di sini.
semoga kamu terus melangkah kehadpan dengan dimulakan dengan satu langkah kanan. aku akan senantiasa berdoa untuk padamu sekiannya. kamu dah memang banyak berubah. aku suka akan perubahan yang telah kamu lakukan itu. dan ternyata perubahan itu satu perubahan positif. pelindung tetap akan syurganya, kehidupan bahagia tetap akan pengorbanannya, itulah jua takdir sumpah yang kian menjadi realitinya. salam rindu berkirimkan nostalgia lalu mengirimkan sejenak senyuman kasih suci aku pada untuk mu~~