hati yang suci bukannya bereti segala bentuk kebaikkan yang dilakukan itu ternyata pada benda yang baik-baik sahaja. kadang-kadang, benda yang nampaknya baik itu, tidak semestinya baik pada awalnya namun baik pada penghujungnya. begitu juga dengan setiap yang kita lakukan, perkara yang teramat penting adalah bermula dengan hati. hati yang ikhlas akan menjadi sesuatu kerja mahupon perkara itu berjalan dengan terlebih lancarnya mahupon teramat hebatnya.
sebagai seorang insan yang digelar pemimpin, hati perlu ada dalam setiap tindak tanduk. janganlah hanya berpandukan kepada kata-kata yang akhirnya memakan diri, tapi hendaklah bertanyakan kepada hati apakah itu yang terlebih baik untuk kita mahupon tidak. hati dengan erti kata lain bererti cahaya bagi pandangan aku. setiap cahaya yang terpancar luas itu tetap akan menyusuli setip ruang-ruang yang ada. begitu juga dengan hati, setiap perkara yang berlandaskan hati, ternyata akan lebih mudah diingati dan dicintai kelak.
bukannya tujuan untuk mengkritik mahupon mengutuk, tapi hanyalah sekadar ingin meluahkan satu firasat kata. saya teramat hormat dan sanjung pada anda pada awal perkenalan. tapi kini hanya menanti detik untuk terus pergi dari dunia yang penuh dengan metajutsu yang terlalu tinggi. ya, pada awalnya awaklah insan yang memberi sejuta nikmat akan erti ketabahan, kecekalan, kesungguhan dan juga yang paling penting kehormatan. tapi sayang berganti duka, bukanlah itu yang akan dikutip seterusnya. yang kini ternyata hanya tinggal hanyalah tanda tanya yang semakin meninggi. tanda tanya kenapakah anda menjadi sebegitu dan bukannya sebegini? saya amat sayang akan kesungguhan anda, amat cintai akan kecekalan anda tapi amat tertanya-tanya dengan tindak-tanduk anda. adakah itu seorang yang layak untuk dihormati?
aku mula mengatur satu langkah pertanyaan berjuta bagai. yang pasti adakah jawapan yang diberikan itu hanya mampu untuk terus memdiamkan diri atau terus kembali pada asalannya. kehormatan yang disanjung, kecekalan yang diamati, kesungguhan yang diteladani. adakah itu purnamanya bulan untuk terus memancarkan satu cahayanya. cahaya dari hati?
bukankah detik seseorang itu hilang sanjungan adalah pada ketika kehormatan itu kian tercalar balar? hanyalah kata yang mampu diwartakan aset liabilitinya namun pandangan dan juga perspektif tidak juga sebegitu. hentikanlah mempergunakan kelebihan yang lain untuk terus berjaya di dunia. tolonglah, mata tengah memerhati, mulut mula berbicara sehendaknya. namun adakah awak sedar semuanya itu. maruah dan juga sanjungan yang kian hilang abadinya, ternyatalah semuanya mula mengatur langkah.
aku harapkan pada zahirnya ternyata memahami dengan sekilas senyuman. bukannya memahami dengan penuh dengan ketaksuban. ternyata itu lebih bahaya dari asalnya. batinnya ternyata calar dek catitan ini, namun inilah yang dinamakan kurniaan kata yang tidak mungkin anda jumpa dimana-mana. saya menghormati anda, saya sanjung anda, saya sedia hadapinya namun tolonglah jagalah kehormatan, kesanjungan dan keabadinya yang telah diberi. tidak meminta yang lebih, hanyalah sekadar cahaya dari hati.