Khamis, 17 Mac 2011

Bicara Alam

janganlah kamu merasa yang diri kamu itu dah terlalu hebat dan terlalu meninggi diri. sebab semua manusia juga bakal akan melalui proses untuk ke satu arah penambahbaikkan dalam setiap ruang yang ada. nescaya meraka-mereka ini akan terus lebih berjaya untuk menghadapai pada dunia yang serba serbi  ini. ingat tu yang kamu juga satu hari nanti tentu akan terus jatuh menjunam ke bawah dasar hakikinya. sebab kamu adalah golongan yang tak pernah syukur pada setiap yang telah diaturkan. tolonglah kamu untuk terus merubahkan diri dan juga perangai kamu ke satu arah yang lebih berjaminan tinggi untuk masa depan dan  juga masa-masa akan datang hendaknya. 

kamu paham tak apa yang saya cuba katakan selama ini? kamu tu dah terlalu TERHEGEH untuk terus mengampai alam dunia yang terlalu tinggi. percayalah yang kamu itu hanya seorang manusia yang hanya akan berjaya melalui satu benda, PROSES PEMBELAJARAN. kuasai benda itu, percaya pada kemampuan diri, jangan pernah mengalah, sentiasa berfikir positif, nescaya kamu tentu akan terus berjaya. tidak percaya? bangun dan lakukan seperti yang diperkatakan. tentu kamu memahami maksud yang telah cuba saya sampaikan untuk sekalian kali ini hendaknya.