Awan
Masihkah kau ingat
Ketika pertama kali kau menyambut salam perkenalanku
Alangkah gembiranya hati ini
Ketika kau menegurku buat kali pertama
Alangkah bahagianya hati ini
Awan
Masihkah kau ingat
Ketika kau sering mengusikku
Alangkah indahnya hari itu
Ketika kau sering mencuri peluang untuk melihatku
Alangkah cerahnya hari itu
Awan
Salahkah aku mencintaimu
Salahkah aku merinduimu
Salahkah aku meminatimu
Salahkah aku menyukaimu
Ya! Aku memang salah
Awan
Tidak mungkin aku boleh mendapatkanmu
Tidak mungkin aku boleh mendekatimu
Tidak mungkin aku boleh menggapaimu
Tidak mungkin selamanya
Kerana kau jauh nun tinggi di atas sana
Awan
Selama ini aku hanya berangan angan
Selama ini aku hanya bermain dengan perasaan sendiri
Selama ini aku hanya mencintaimu dalam diam
Selama ini aku hanya merinduimu
Sungguh aku rindukan dirimu awan
Awan
Izinkan aku untuk mencintaimu
Izinkan aku untuk merinduimu
Izinkan aku untuk meminatimu
Izinkan aku untuk menyimpan perasaan ini
Walaupun aku tahu takkan tercapai jejarimu awan
Awan
Aku akan sentiasa menjadi kawanmu
Kawan yang tidak pernah kau kenali
Kawan yang tidak pernah kau sedari
Kawan yang tidak pernah kau dekati
Dan kawan yang akan sentiasa mendengar luahan hatimu
Awan
Terima kasih kerana memberikan aku kebahagiaan
Walaupun cuma seketika
Terima kasih kerana memberikan aku kesempatan
Walaupun ada yang terlepas
Dengar berita kau bahagia
Ku hanya tunduk menangis gembira