Ahad, 10 April 2011

Hati Bicara

kau hadir tanpa diundang
kau pergi dengan kesalan
segala memori hanyalah untuk dikenang
sekian detik engkau segeralah pulang

andai ada bicara yang membunuh mu
andai ada perlakuan yang ternyaya melulu
andai ada terluka dek hati akibat aku
sealam kemaafan aku rayu dari mu

niat hati hanya untuk ingin buat kau ketawa
niat hati hanyalah ingin lihat kau suka
niat hati ternyata ingin melupakan duka
niat hati cuma ingin gurau senda


namun sedikit silap aku kau hina
senada kata aku kau sentap semua
taktala akulah penyebab segala
segala tomahan kau menghukum

sudah cukup buat aku begini
bukan sesaat kita berjabat
bukan sekian janji kita terikat
yang pastinya kau hancurkan hanya beberapa saat

keampunan telah aku pohonkan
segala tersirat telah aku kesalkan
apa lagi yang aku mahu
hanya insan untuk dilindungi

terpulanglah sekarang
ku hanya mahu kau tahu
jangan terpengaruh dengan dalang
pembunuh ukhwah pada setiap janji