Isnin, 11 April 2011

Cinta dari Hati

cinta itu luas tafsiran. begitu juga dengan setiap bait-bait kata yang telah diutarakan sekian kalinya. pernahkah terfikir, kenapa wujudnya satu perkataan "cinta"? merasakan cinta itu adalah satu yang sangat abadi di jiwanya, cinta yang lahir dari hati mahupon nafsu itu tetap akan mendorongkan kita melakukan satu PENGORBANAN. ternyatalah mengapa sekarang setiap perkara yang berasaskan cinta itu semata-mata memerlukan satu pengorbanan yang amat tinggi.

berkorban dalam sejenak aspek. dari segi pelusuk jiwa, semuanya haruslah dikorbankan. memang ternyata itulah hakiki, cinta dan pengorbanan memang tidak dapat diputuskan seakhirnya. lahirnya cinta, bermula dari satu keserasian jiwa. kemudian terbinalah satu jalinan mesra antara insan dengan insan yang laen. jalinan itu kemudiannya bertukar ke satu ungkapan iaitu SAYANG. dan sejenak sayang-menyanyangi itu, lahirlah ia dua hati yang kian berpaut kembali pada satu CINTA. kerana cinta itulah anugerah daripada Tuhan.

merasakan akan sebuah cinta itu memanglah saat yang amat dihargai oleh semua. itulah keindahan cinta yang diwartakan. hembusan angin yang meniup, dikala waktu senja memacari sang suria, hangatnya terasa, mata menilai setiap bual bicara, bicara yang ternyata hanya pada satu ungkapan cinta. dan itulah cinta.

cinta itu fitrah. fitrah itu hakiki dan hakiki itulah MUTLAK. setiap yang terjadi akan satu perkara akan terus disimpan di setiap RUANG yang ada. kerna di ruang itulah tercipta satu jiwa iaitu hati. dua hati bertemu, menjalin satu ikatan, terpesona dengan keindahannya, mungukap satu kalimah suci dan berasaskan pada Sang Pencipta. itulaaaahhh iaa~~~