'Tuhan tololnglah lembutkan hati dia, kerana aku x sanggup hidup tanpa cinta dan perhatian dia di sisi aku.' mungkin lirik lagu ini yang berkaitan dengan diri aku waktu ini. sunyi, sepi, rindu dan cemburu. itu yang mampu aku katakan. biarkan dia saja dengan pilihan dia. aku bukan sesiapa untuk terus menghalang dia untuk terus menyukai seseorang itu. semuanya harus dipilih oleh dia, dan dia jualah yang akan menerima akibatnya. hakikat sebenar aku rindu teramat pada dia. rindu akan senyumannya, gelak tawanya, keprihatinannya dan yg paling pnting keperibadiann.
Harapan tinggal harapan, janji masih janji dan bakal dijanjikan lagi, kawan masih kawan tapi hanya pada nama, kata tetap pada lidahnya dan bukan padanya akalnya. aku tidak mempunyai kecirian yang diperlukan, mempunyai segala keinginan yang dimahukan. aku hanya manusia yang masih lagi manusia.manusia yang bernama aku dan itu jualah manusia bagi aku. rindu sangat pada dia... teramat rindu, setiap detik waktu berdetik, setiap saat waktu berkelana, setiap waktu itulah rindu aku padanya. nama dia cukup magnetik bagi aku. urm, inilah yang aku rasakan.
Ruangan ‘cinta’ untuk diisi amatlah subjektif. Cinta, membawa satu maksud tetapi tersirat segalanya. Amat infiniti untuk ditafsirkan, hanya yang pernah alami mengetahui ruangan yang untuk diisi. DAN ternyata jualah ruangan tersebut akan terus diisi oleh pembawa cinta. Dan sesungguhnya, bukan akulah yang pembawa cinta itu untuk ruangan isian dia.
Hati syahduaan duka
Diamati segala ruang dan juang
Hanya pada kasih
Sayang akan turunkan
Mengisikan perjuangan dalam ruangan
Yang bakal dan seterusnya diisi
Harapan bagi dia
Untuk terus mengecapi
Detik dan saat indah
Seumpama nama pada abadi
Menyaksikan cahaya kebahagian kehidupan