Khamis, 15 Disember 2011

Bicara Hati

Sudah lama tidak mencoret di alam maya ni kan… ermmm, kelamaan tersebut telah berlaku beberapa perubahan dalam kehidupan dan juga masa depan aku… yerp, seperti yang tahu, aku dh diterima masuk ke UNITEN iaitu sebuah university swasta yang menelan belanja aku hampir RM50k. banyakkan??? tapi nasib baik ada pinjaman yang berlambak di muka bumi ini.. so, kita pinjam jelahhh... Dengan jumlah sebesar itu, aku mampu untuk membeli sebuah kereta dengan bayaran sekali gus. Namun, demi ilmu dan masa depan aku, aku terpaksa untuk berkorban.

Menyentuh mengenai pengorbanan, rasanya memang dah banyak yang ibu bapa dan saudara aku habiskan untuk aku. Semuanya mengenai wang, masa dan tenaga. Aduhhh, perit hati ini melihat seorang demi seorang bergadai harta untuk melihat aku Berjaya dan mampu untuk membela mereka di hari tua kelak. Memang murni niat mereka, hanya Yang Esa yang mampu membalas pengorbanan mereka. Kalau diikutkan diri, mahu saja aku menarik diri bila mendapat tahu yang Uniten tidak mendapat naungan dari MARA. Memang sadis dan tercarik hati ini memikirkan wang yang ibu aku terpaksa keluarkan. Memang itu adalah pengorbanan, tapi kalau boleh aku naka sangat tengok duit aku itu dilaburkan untuk adik-adik aku yang lain. Urm, mungkin tiba harinya nnti, aku plak yang akan menanggung segala keringat dan juga pembiayaan adik aku.

Siapa pon tidak mahu yang semua ini terjadi, tapi itulah hakikat dan takdirnya. Takdir yang menempatkan kita di sesuatu tempat, takdir yang membuatkan kita duka dan gembira, takdir jualah yang menemukan dan juga yang memisahkan. Namun, aku tak boleh menyalahkan takdir yang sering kali membantau aku dalam sejenak aspek. Yup, takdir adalah sehakikatnya. Mungkin dah menjadi takdir aku di uniten, dan takdir aku jua mungkin akan menempatkan aku di tempat lain. Siapa tahu dan siapa yang menjangka segalanya. Aku berharap sangat tidak kiralah di mana aku berada, aku akan terus dilindungi dari segala anasir-anasir jahat dan durjana.

Persahabatan yang terjalin semasa di KPTM akan terus aku ingatkan sampai aku mati. Dan aku harapkan sebilangan dari kami akan terus setia dan bersatu tak kira apa pon yang terjadi. Merekalah penyambung tali yang terputus, penguat bagi benteng yang lemah, pemangkin kepada sesebuah kekuatan. Yup, mereka yang sahabat yang aku cari selama ini. Bila aku keseorangan, baru aku mengetahui bahawa Allah telah mengurniakan awal lagi sahabat kepada aku. Cuma aku ja yang lambat untuk menyedari segalanya. Memang benar kata sesetengah orang tua, bila kehilangan baru terasa akan kepentingannya. Ermm, aku pon begitu. Bila aku dalam situasi hilang, baru aku sedar akan kepentingan mereka. Begitu juga dengan kasih yang aku dambakan. Aku telah temui, namun tak terdaya untuk bersuara, akhirnya aku terlepas begitu sahaja. Mungkin dah ditakdirkan. Itu yang mampu aku katakan.

Di sini, semua aku kena buat sendiri. Agak susah bagi aku yang malas jalan untuk berjalan pegi sesuatu tempat, itu yang menjadi kelemahan bagi aku. Kadang-kadang aku tertanya mereka yang mempunyai kereta, tidakkah mereka terfikir sejenak untuk menumpang walaupon tidak kenal. Adakah ego yang menguasi diri? Dulu, menjadi keseronokkan aku untuk menghantar adik-adik junior aku balik ke rumah masing-masing. Seronok melihat mereka mengatakan tak perlu jalan kaki, tak perlu bersusah payah dan sebagainya. Kadang-kadang, tersenyum seorang diri bila ingatkan mereka ini.

Bila rindu yang menguasi diri aku, mulahlah air mata membasahi bumi. Siapa kata lelaki tak menangis, aku antara lalaki yang mungkin akan menitis jua air mata dalam sesuatu perkara. Rindu pada ibu dan adik beradik, memang itu yang seringnya. Apakan daya, ibu yang lahirkan aku, bapa yang membesarkan aku dan adik beradik yang bersama aku. Rindu plak aku pada rumah waktu-waktu macam ni. Urmmmm… Teringin aku belajar dekat-dekat rumah, agar senang aku untuk segalanya. Tapi apakan daya, aku sudah ditempatkan disini. Seolah-olah macam satu hukaman aku disini. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini untuk meredah segala kesusahan yang aku lalui. Memang akan sampai satu tahap, aku tidak terdaya lagi. Masa itulah, aku memerlukan sangat kekuatan insan-insan yang penting ini. Bila aku rindu, aku hanya mampu bercakap dalam hati sahaja. Sedih sangat hati ini, tapi inilah pengorbanan.

*Tak sangkakan ini coretan dari aku~~~