masih terasa lagi cemburu aku pada seseorang itu. tapi hakikatnya, biarlah cemburu bertandakan pada kasih dan sayang sahaja. insyallah, akan diberkati cemburu itu hendaknya. aku telah menghukumnya tanpa mendengar cerita dan kisah darinya, memang ternyata cemburu menguasai diri ini. terasa teramat-amat bersalah.
akhirnya baru aku sedar, hubungan yang sebenar itu terletak pada hati. hati yang membentuk satu perhubungan dan apabila hubungan itu ikhlas maka terbentuklah satu ikatan murni dan apabila ikatan itu diberkati, maka wujudlah ia perkongsian dua hati. amin....
