Rabu, 4 Januari 2012

warna-warni 2011

warna baru tercipta lagi kali ini.. warna dri campuran warna-warna yang dahulunya. berwarna atau tidak masih belum mengetahui, yang pastinya sudah tercipta warna baru tersebut. alhamdullilah, warna tersebut banyak mengajar erti dalam segala arti yang sukar diukir dengan kata-kata. warna yang dimaksudkan adalah tahun. Tahun dan warna ada perkaitannya dalam semua ruang dan ertinya. yang pasti, banyak lukisan telah tercita hasil dari warna-warna tersebut.



bermula dari warna awal tahun 2011 iaitu warna praktikal di KPTMAS. bermula dari 5/1/2011-30/4/2011. tempoh yang agak panjang untuk aku memulakan diri sebagai pelajar berpraktikal. macam-macam yang dipelajari, dari A-Z, semuanya perlu belajar dan diajar. memang praktikal dengan teori jauh berbeza teorinya. alhamdullilah, aku tamat jugak tempoh tersebut dengan warna yang sangat colourful.


kemudiannya, diusul pula dengan warna yang sederhana kecerahannya. warna menunggu untuk konvo dan sambung belajar. warna waktu ini amatlah pelangi. walaupon masa tersebut agak PANJANGG, namun, hakikatnya ternyata lebih indah dari biasa. dari 1/5/2011-10/9/2011, tempoh untuk warna yang soft. dengan sambutan aldilfitrinya, dengan jamuan makannya, dengan segalanya yang difikir teramat terindah. 


diikuti dengan warna-warni masuk ke UNITEN. sudah tertulis untuk jasad aku di sini. syukur, aku mampu lagi belajar erti berjauhan dengan famili dan tidak bergantung sepenuhnya kepada family. impian menjadi realiti walaupon aku harapkan hanya sebuah mimpi. 



disusuli dengan warna konvokesyen. warna yang penuh dengan warna kecerahan dan warna yang bercampur baur. memang perangai KPTM aku kembali pada waktu ini. seronok teramat bila memikirkannya. mereka jualah yang membentuk warna ini. 




kisah seterusnya diikuti dengan kelahiran seorang insan baru di bumi ini. walaupon bukan anak aku, tetapi akan tetap aku layan macam anak kandung aku sendiri. sayang aku bukannya sayang bernafsu tetapi lebih kepada sayang yang satu. tahniah eliza dengan kelahiran nor qaleesya amani. 




tamat akhirnya warna-warna tahun 2011. diharapkan agar tahun 2012 dipenuhi dengan segala warna-warna baru mahu pon rasa-rasa yang baru. 
setiap yang lama akan digantikan dengan yang baru dan yang baru tetap akan jadi lama dan seterusnya bersilih ganti mengikut karma alam. waktu itu, kita tetap manusia yang tetap manusia yang ditetapkan haq dan batilnya.