Sabtu, 26 Januari 2013

Duhai Hati Lara


Selalu sangat mudah alpa dengan insan yang depan mata dan duka dengan insan yang kita sayang. Namun begitu, bila difikirkan positif semula, semuanya itu umpama final exam yang bakal dihadapi. Elak mahu pon tidak, final exam perlu jugak dijawabkan. Semua ini umpama satu percaturan hidup yang perlu dilakukan agar kita mudah untuk mengenal erti dunia.

Bukan berlagak alim ulama, tapi setiap sejarah perjuangan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, rasanya semua kita tahu. Bermula dari lahirnya baginda sehingga ke wafatnya baginda, perjuagan nabi untuk agama Allah tetap diutamakan. Makan hati dengan insan sekeliling rasanya banyak sangat jikalau baginda benar-benar mengikut hatinya. Tapi rasanya tidak, beliau lebih mudah tersenyum dengan semua perihal ujiannya. Malah, beliau masih lagi sanggup maafkan manusia yang bunuh bapa saudara baginda. Dan wajib akan diperkatakan, baginda nabi ulul azmi, tentulah banyak rintangan hidup. Tapi jangan pernah kita lupa yang kita ini adalah umat Nabi Muhammad dan semestinya setiap dugaan yang hadir dalam kamus hidup kita itu hanyalah sebahagian kecil cerminan kehidupan nabi pada zaman baginda.

Dan bila semua dah selesai, kehidupan normal akan dimulakan semula dan seterusnya. Kalau diingatkan lagi kisah lalu, pasti lebih terobek hati. Pabila sudah dilupakan, ternyata sangat sia sebab semua itu kenangan yang tak pernah dapat dimana jua dan waktu sekalian.

Sabarlah duhai hati yang terluka dan kelak akan terus diubati. Biarkan luka hati diubatinya sendiri, kelak semua itu lebih indah bila diingatkan semula. Walaupon pahit ditelan, manisnya tetap jua terasa. Itulah dunia yang sementara, hakikatnya kelak jauh lebih indah dari yang disangka.