Berlapis cerita berpaksikan pada detik 2012.
Ada yang duka, gembira, tawa, riang, sebak dan erti. Semuanya digabungkan pada
satu tahun 2012.
Cerita 2012 dimulakan dengan kemasukkan aku ke
hospital akibat daripada jangkitan kuman di kaki dan kemudiannya satu cerita
akan bermula. Sakit teramat sangat waktu itu, tapi hakikatnya itulah yang
terpaksa aku lalui. Hari demi hari, saat bertemu saat dan minit berdetik minit,
kesakitan harus ditanggung. Mungkin itu cara satu-satunya dosa diampunkan dan cerita
ini cerita kesakitan.
Perjalanan 2012 diteruskan lagi dengan
kemasukkan aku ke semester seterusnya. Semester yang mengajar aku akan bermacam
jenis pengalaman dan memberikan rencah dalam kehidupan aku. Waktu semester ini,
aku ditempatkan di A6-01-02. Teringat lagi detik ini ketika aku mula hendak
daftar masuk, apabila aku dimarahi oleh pak ndak dengan dilandaskan dengan
alasan yang aku memberitahu lambat akan kemasukkan aku ke UNITEN. Memang sakit
hati ini sebabnya aku dah beritahu pada isteri keduanya yang aku akan masuk
UNITEN pada sekian hari, namun tiada respon yang aku dapat dari dia. Yang aku
dapat hanyalah amarah yang buak. Dan keesokkannya, aku, mak dan adik
perempuanku pergi ke KL dengan harapan agar aku tidak dimarah dengan lebih
teruk oleh pak ndak aku. Dan memang nyata, hanya perbuatan yang kurang enak
sahaja yang disajikan. Tapi apakan daya, itulah dugaan insan yang miskin
dipandang entah dengan sebelah mata oleh saudara sendiri. Pendaftaran harus
diteruskan lagi pada tarikh tersebut dan pak ndak dengan mahu tidak mahu harus
menghantar aku pergi. Kemudian setelah semuanya selesai, pak ndak pon lantas
meninggalkan kami bertiga di situ. Bukan dengan sengaja, tapi dengan penuh
nyata alasannya. Mak biarkan sahaja dia berbuat begitu dan memberi jalan
penyedap hati ketika itu. Tabah sungguh mak dalam mengharungi setiap dugaan
hidup. Dan ini adalah cerita kesabaran.
Berceritakan pada semester tersebut, aku
ditempatkan di Amanah bertemankan tiga insan yang baru dalam kamus hidup
aku. Insan pertama iaitu roommate aku
ketika itu, Khalid. Asal Jitra, dan pastinya pertuturan kami lebih kepada
dialek kedah dan itu lebih menyenangkan aku. Agaknya sebab satu dialek, pasti
lebih menyenangkan. Masa ini, dia yang banyak menolong aku dan aku masih lagi
tak balas budi baiknya. Dan janji aku, sebelum graduate aku akan balas jasa dia
dengan belanja dia makan. Insan kedua, Qaiyum. Pelajar jurusan mekanikal
berasala dari Kelantan dan menetap di shah alam. Awalnya agak kekok untuk
berinteraksi dengannya, tapi lama kelamaan berinteraksi jua. Dia pelajar yang
agak cerdik dan merupakan seorang pendengar yang sangat baik. Aku kagum dengan
cara mendengar beliau dan sememangnya aku ternyata kagum. Kalau dia ambik
bahagian kaunselor, lebih sesuai dengan dirinya. Tapi rasanya dia tidak
mengetahui akan kelebihan dia itu. Insan ketiga, seorang budak lepasan SPM yang
mengikuti program Asasi di Uniten. Perkenalan awal kami bermula di minggu
ketiga sebabnya minggu pertama aku tidak datang Uniten dan minggu kedua dia
pula tidak munculkan diri. Peribadi dirinya yang membuatkan naluri aku kuat
katakan yang aku akan rapat dengannya. Dan ternyata tidak salah, hingga ke hari
ini hubungan kami lebih kepada hubungan seorang abang dan adik. Muzamir nama
diberi, lahir pada 26/1/1994, bernumber 5 dalam metafizik yang membawa erti
Perintis dan berzodiakkan Aquarius. Dia sebenarnya mempunyai personaliti macam Hafiz. Baru aku sedar kenapa aku jadi tetiba rapat dengan dia, padahal aku dah pernah rapat dengan identiti macam dia. Segala-galanya mengingatkan aku pada Hafiz, yang membezakannya hanyalah umur. Aku pada mulanya tidak perasan semua itu, tapi kadang-kadang pelik jugak kenapa secara drastik aku boleh rapat dengan dia, pada hal aku jenis yang susah nak rapat dengan budak bawah umur aku, yup itu ego aku. Seriusly memang susah, tapi bila dengan Muzamir, lain pula jadinya. Rupanya personaliti atau identitinya seiras Hafiz dan biarlah belalu pergi. Jadikanlah pengalaman dan kenangan hidup ^_^ . Dan
pada waktu semester ini jugak, bulan Ramadhan yang penuh berkat datang
menjenguk kami sekalian Islam. Inilah pertama kali aku sambut bulan Ramadhan
tanpa family aku yang jauh di hujung kampung. Sedih sangat tidak terkata waktu
ini, tapi mujur ada kawan-kawan sekeliling yang banyak menolong mengisi
kekosongan dalam diri. Masa yang paling segar di ingatan adalah waktu sahur.
Dan selalunya bila waktu sahur, mak yang akan bertanggungjawab. Di sini, aku
yang bertanggungjawab sediakan sahur untuk ketiga insan ini. Inilah pengalaman
indah aku dan sememangnya ianya tersangat indah. Aku suka tengok mereka makan
masakan aku, mereka menelan masakan aku, mereka meleraikan bahan yang tidak
disukai dalam rmasakan aku, mereka memuji masakan aku dan aku ternyata suka
pada waktu itu. Teramat sangat. Dan ini adalah cerita sebuah pertemuan.
Kehadiran benda yang teramat sangat aku sayangi
pada tahun 2012 adalah sebuah kereta SAGA FLX, KDF 9890. Terima kasih mak untuk
pemberian ini dan abang tak akan pernah sekali persiakan pemberian mak. Abang
tahu mak susah banyak demi abang. Mak terpaksa berhutang sana-sini untuk
pembiayaan abang dan mak terpaksa kerja berganda keras dalam memastikan
anak-anak mendapat pendidikan yang diingini. Abang janji yang abang tak akan
mempersiakan segala pengorbanan yang telah mak lakukan sejak dari mak
mengandungkan sehingga membesar meningkat dewasa ini. Semua penat lelah mak
akan abang ingat sampai bila-bila. Kadang-kadang tu bila abang melawan cakap,
percayalah mak, abang tahu apa yang abang lakukan. Abang dah berfikir sedepa
kehadapan, abang pasti dan yakin dengan naluri abang. Mak tahukan abang ni
macamana? Mak tahukan perangai abang? Mak tahukan cara abang bertindak? Abang
belajar banyak dari mak sebenarnya, kesabaran mak yang abang selalu idamkan
sebab abang tak ada kesabaran setinggi mak. Terima kasih mak untuk pemberian
kereta dan abang sangat berterima kasih. Demikan cerita pemberian.
Tahun ini juga diuji dengan pemergian lang,
kakak kepada mak. Lang banyak menjaga mak dari kecik hingga ke dewasa dan
sehingga menjadi seorang ibu. Sebenarnya, lang lah punya aku masuk ke UNITEN.
Teringat detik itu lagi, bila aku dikhabarkan lang terkena sakit jantung tahap
kritikal. Kami saudara dari kedah terus datang ke Hospital Serdang untuk
melawat. Dan bila dikhabarkan sekali lagi yang lang akan dioperatekan untuk
diletakkan bateri pada jantung, kami saudara sekalian terus mencari masjid
terdekat untuk membaca yasin dan secara kebetulan masjid tersebut adalah masjid
UNITEN. Di situ, kami membaca yasin dan khabar gembira kami dapat sejurus
selesai kami baca, lang selamat dalam operate tersebut. Dan sudah nekad aku,
aku terpegun dengan Masjid Uniten ini. Memang bukan masjid yang menentukan,
tetapi kalau tiada masjid terdekat di kawasan itu, mana lagi yang akan kami
bacakan yasin. 1 tahun berlalu sejurus dari pemasangan bateri di jantung lang,
dan tarikh 10/10/2012 lang pergi buat selamanya. Saat aku kucup dahi lang,
sejuk sangat. Tapi indah cara dikafankan, putih suci tanpa mengira darjat raja,
perdana menteri mahu pon insan biasa, kainnya tetap putih. Semoga arwah tenang
disana. Sekalian kalinya ini cerita pemergian.
Setiap kesakitan yang dilalui pada 2012 dilalui
dengan penuh kesabaran. Pertemuan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa,
dihidangkan dengan pelbagai rencah dan rempah kehidupan. Banyak yang aku
belajar daripada setiap insan di sekeliling aku. Dan percayalah pemberian
Illahi itu ada hikmah disebaliknya, dan terpulang kepada kita insan untuk terus
berpegang kepada kurniaan tersebut mahu pon hanyalah memandang kekosongan.
Setiap pertemuan akan diakhiri dengan sebuah perkataan pemergian. Dan setiap
pemergiaan tetap akan berlaku sebaiknya saat berdetik, minit menitik, jam
berputar dan masa jauh berjalan, pasti pemergian yang akan diakhiri. Sekali
dalam semua, ini CERITA 2012!!!
Lukisan ruang tetap diukir
Dalam cerita saat bermunajat
Tawa riang silih berganti
Sedih nangis silih mengisi
Pertemuan dan perpisahan
Dijatuhkan pada niat hakiki
Merasa iya mahu kan pasti
Disemulakan dalam gubahan hidup
Dengan kasih dan hati
Dibiarkan padu dengan isian
Tetap akan mengalir limpah
Kisah yang sudah bertitik
Pada saat dinoktahkan 2012
Dan kelak disemulakan titik 2013