Jumaat, 10 Jun 2011

Warna Kampus

terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu.

yang nyata setelah menghabiskan masa diploma memang satu anugerah yang ternilai harganya. semuanya yang aku tak pernah duga, hadir dalam setiap saat di situ. yup, semuanya berganda-ganda kalinya. dari seorang yang tercari dan mahu sehingga sekarang, memang memerlukan banyak kesedihan, rugutan, ego. namun, semua itu mula terhakis sedetik demi sedetik dek kemunculan beberapa individu yang pastinya mengubah segala pendirian hidup aku.

aisyah samad:  insan yang paling aku sanjung dan sayang di kolej. bermula dari pengenalan dia menjadi mpp, memang sudah tertulis untuk aku untuk terus mengenali dirinya. serius aku cakap, insan ini TERSANGAT lain dari antara perempuan yang aku kenal. dari segi karakternya, perwatakannya, cara pemikirannya. hubungan kami memang ternyata rapat, kerna dialah tempat aku luahkan rasa benci aku, luahkan rugutan aku dan amat penting dialah tempat aku meminta pendapat. dan segala pendapat yang diberkan memang ternyata cukup memenuhi hati perbuatanku. 

bilal zakir hussin: tak tercadang untuk memuji beliau tetapi aku harus memberi kredit kepada beliau ini. insan yang paling cukup sabar dengan karenah insane aku. bagi aku dia ini umpama kaca. kaca yang boleh menjadi satu keperluan individu, boleh juga menjadi satu beban bagi sesetengah individu dan juga boleh juga menjadi satu kesamaan bagi sesetengah manusia. yang nyata, hanya dialah yang mengetahui.

nasir nanyan: insan yang bagi aku seseorang yang umpama air kosong. boleh menyesuaikan diri dalam segenap ruang yang diperlukan. boleh menjadi seorang dingin pada satu masa, menjadi bancuhan pada masa yang diperlukan dan menjadi aku keperluan bagi setiap individu yang mendekatinya. 

mastura ahmad: aku suka dengan warna yang ada dalam dirinya. dan memang ternyata aku suka.

nadia nayan: insan yang aku kenal dari semester satu. seorang yang cerdik pandai dan menjadi idola ramai junior. dengan warna nya yang senantiasa ceria, dia menjadi satu bingkisan di setiap ruang hati sesiapa sahaja yang mengenalinya.

has aishah: seorang kakak bagi aku. kakak yang gilaaaaaaa x10000000, baik dan dahsyat.... satu ja perkataan untuk mengambarkan dia: amazing and totally amazing...

4 bini: 4 bini terdiri daripada adila, aqma, asita dan faezah... merekalah yang pastinya membantu aku ketika aku mengalami zaman kejatuhan. merekalah yang banyak menolong aku.... pada saat semua tengah membenci aku, mereka datang menolong aku dengan hanya perwatakkan mereka. 

miza (nona myz): dialah segalanya yang aku suka tentang hubungan ini. dia umpama air kelapa bagi aku. dengan perangainya yang gilaaaaaaa, mulutnya yang berloji, tapi hatinya baik sangat. dia juga antara insan yang banyak tolong aku dan memberi warna dalam hidup aku. sayang hg weh. 

merekalah yang TERBAIK, TERHEBAT dan KELUARGA AKU sepanjang aku di KPTM Alor Setar 2008-2011. pelbagai warna yang melambangkan keperibadian mereka. satu lukisan yang agung tak akan sempurna tanpa pelukisnya. begitu juga dengan satu masakan yang enak tidak akan sempurna tanpa segala ramuan yang diperlukan. dan ketikan itulah kita selalu terlalu mahu dan mahu sehingga kita terlupa apa yang perlu disamping kita. apa yang perlu sekarang adalah hubungan yang akan perlu dikekalkan.