waktu ini entah kenapa rasa macam nak berkongsi ilmu tentang certain perkara. perkara yang rasanya semua akan alami, satu keinginan untuk terus dan terus meningkatkan daya diri. memahami apa yang dimaksudkan? pernah terasa diri 'down' sangat, semua org menghina diri kita, semua mata menikam setiap lirikan mata dan dengan erti kata lain kita rasa diri kita JATUH..
aku pernah mengalami waktu tersebut. semuanya gara-gara salah percaturan yang aku telah lakukan dan akibatnya aku dihentam kuat bagai nak rak. waktu itu, syukur sangat aku ada banyak tangan yang menghulur, banyak nasihat yang dimakan hati. memang ternyata aku bertuah waktu tu dan waktu itu aku rasakan yang diri ini masih lagi banyak yang menyokong.
bayangkan kalau kita mempunyai 100 orang yang menyokong kita, padahal hanya 50 orang yang membenci kita.. mana yang akan kita pikirkan? sudah tentu kita akan pikirkan yang 50 orang itu kan? sebab kita selalu sangat 'absorb' pandangan yang negatif. itu yang menyebabkan kita akan 'down' sangat. tapi bayangkan kalau kita pikirkan yang 100 orang yang menyokong kita, tentu kita tidak akan 'down'kan? MOTIFnya disini adalah untuk mengatakan kita semanusia tidak boleh memuaskan hati semua pihak. kalau kita rasa itu yang terbaik, itu lah yang terhebat menanti kita. bagi aku, percaya pada hati tidak membawa ke mati tapi membawa kita untuk melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak sangkakan.
ada seorang kawan memberi tips pada aku, kalau kita berasa teramat tension: ambik segengam garam dan gaulkan sekali dengan sebaldi air dan kemudian mandi dengan air itu. nescaya segala ion-ion negatif akan keluar melalui setiap curahan air tersebut. tak percaya, TOLONG cuba dahulu.
pernah terfikir tak kita mengapa ramai sangat yang beitu yakin dan percaya pada diri kita? kitalah pengubat segala duka mereka pada waktu mereka susah, kitalah jua bahu untuk mereka nangis, kitalah jua tempat mereka meluahkan segala isi hati.. semua di tempat kita. sebab apa erk? sebabnya kita tak pernah berpura-pura di depan mereka dan JIKALU kita berpura-pura di hadapan mereka dan mereka percaya, jangan risau sebab kita memang terpaksa untuk menjadi yang terbaik dihadapan semua orang. yup, memang terpaksa untuk orang lain nampak kita seorang yang mudah dipercayai.
pernah terfikir tak kita mengapa ramai sangat yang beitu yakin dan percaya pada diri kita? kitalah pengubat segala duka mereka pada waktu mereka susah, kitalah jua bahu untuk mereka nangis, kitalah jua tempat mereka meluahkan segala isi hati.. semua di tempat kita. sebab apa erk? sebabnya kita tak pernah berpura-pura di depan mereka dan JIKALU kita berpura-pura di hadapan mereka dan mereka percaya, jangan risau sebab kita memang terpaksa untuk menjadi yang terbaik dihadapan semua orang. yup, memang terpaksa untuk orang lain nampak kita seorang yang mudah dipercayai.
begitu juga bila berkomunikasi di hadapan ramai orang. kita hanya perlu untuk 'berlakon' menjadi seorang yang sempurna. sempurna untuk segalanya sebab seorang MC seolah-olah wakil dari sekelompok organisasi. banyak yang perlu kita belajar untuk menjadi sempurna di hadapan semua orang. walaupon letih, tapi kita terpaksa untuk lakukan. 'eye-contact', nada suara, bahasa tubuh, tatabahasa yang digunakan dan segalanya mengenai MC akan terus diperhatikan. secara jujurnya, setiap MC harus ada identitinya tersendiri, dengan erti kata lain perwatakkannya. melalui perwatakkannya, para 'audience' akan terus lekat pada MC itu. semuanya ini boleh dibelajar secara amali di sesetangah kelas namun ia lebih berkesan kalau dipraktikan di sesebuah majlis. satu nasihat penting, jangan takot atau 'gambra' kalau kita membuat kesalahan dalam majlis itu. hanya perlu memohon maaf pada hujung majlis itu dan semuanya akan terus berakhir.
semua yang digarapkan ini berdasarkan pengalaman hidup semasa berada KPTM. banyak yang mengajar insan ini untuk terus belajar ilmu-ilmu ini. walaupon pahit untuk ditelan, manis untuk dirasa, dan masam untuk dimakan, namu semua ini hanyalah rempah-ratus sebuah identiti kehidupan. percaya pada kemampuan diri, jangan takot untuk memperbetulkan segala kesilapan, jangan memandang rendah pada kemampuan insan lain, sentiasa berfikiran positif dan sentiasa majukan diri untuk menjadi seorang lebih berilmu sebab ilmukan penyuluh sebuah kehidupan.