selalu jugak aku memikirkan hal ini. kadang-kadang rasanya macam menemui satu jalan yang buntu; jalan yang tidak ada persimpangannya. aduh, memang agak pening untuk memikirkan. secara jujurnya, aku dah tak tahu apa yang sepatutnya untuk aku buat. sama ada risiko diambil atau pon aku main jalan yang selamt. itu sahaja caranya bagi aku untuk memikirkan pada waktu ini.
ipta mahu pon ipts, kedua-duanya ada pro dan kontranya. satu jalan harus dipilih. kalau jalan yang dipilih adalah ipta, maka ptptnlah yang akan jadi makanannya. kalau ipts yang dipilih, mara yang akan jadi habuannya. ipts harus diputuskan dengan kadar segera sebab tarikh tutupnya hujung bulan ini tapi kalau aku memilih ipts nescaya aku akan kerugian dalam menunggu ipta. itu sahaja.
orang lain selalu meminta nasihat dari aku untuk putuskan kemana yang harus mereka pergi. tapi bila aku sendiri yang hadapinya, aduhhhhhh peritnya rasa. yang mana yang terbaik untuk aku agaknya. semuanya serba salah, serba tak kena. sampai ibu aku pon kata yang aku ni tidak tetap pendirian. selalu sangat aku merubah keputusan. memang tidak tetap pendirian. tapiiiiii~~~
untuk terus tidak merunsingkan aku, aku pergi jumpa seseorang yang aku yakin mampu memberi jawapan bagi aku. Executive HEP di kolej aku. urm, beliau banyak memberi nasihat pada aku masa itu. dan aku rasa aku sudah jumpa jawapannnya. dia amat mengenali cara aku dan mengetahui kelemahan aku, dan aku nescaya itulah yang dia maksudkan.
hidup ini kita harus jangan terlalu berada di 'comfort zone', nescaya itu akan memakan diri. dengan erti kata lain, jangan terlalu 'play safe' dalam setiap hal. dan aku bertekad sudah tiba untuk aku keluar dari segala yang telah memeram aku selama ini. baru aku dapat membuka mata aku dan seterusnya menjadi seseorang yang aku impikan.
oleh yang demikian, aku bertekad untuk mengambil risiko dan seterusnya berpasrah pada risiko yang aku ambil. aku tidak akan menyesal sekali lagi. itu yang aku mahukan, dan itulah yang akan aku dapat. tak ada gunanya untuk aku terus berdalih lagi dalam sejenak perkara.
kemampuan yang ada harus dikembang dan masa yang aku ada harus dilaksanakan sejujurnya. mohon untuk aku agar terus dilaksanakan segala risiko yang aku ambil ditempatkan pada yang dikehendakinya.