Rabu, 30 November 2011

Kalam Hati

lama sangat aku tak update blog ni.. rasanya dh berbulan-bulan lamanya.. tapi setiap kali aku update blog, bererti aku ada something utk aku kongsikan tapi tiada yang mahu mendengarnya.... itu jaaa motif blog aku dirohkan...

semuanya gara-gara pertemuan kami semasa ada kem di gunung perlis. masa itu, aku dh mula suka pada insan ini. yup, pandangan pertama hati untuk insan ini... memang segala mungkin sudah ditakdirkan, aku terasa macam CINTA.. entah inikan cinta atau pon hanya mainan hatii... namun aku yakin, ini yang aku rasa dan inilah yang aku akan merana... itu jaaa, dan inilah yang bermaksud CINTA bagi aku... pemikiran dia tak macam gadis2 yang aku kenal yang laen... dia istimewa... dia lain dari  yang lain.. itu jaaa yang mampu aku cakap.. setiap perilakunya, setiap tuturkatanya, setiap gelak tawanya, setiap bait-bait katanya memang ternyata indah bagi aku.. mungkin bunyi agak 'kejiwangan' di situ, tapi inilah yang aku rasakan..

segala yang dia mahukan, aku akan dapatkan... mungkin dia tak mengetahui apa yang aku dah lakukan, tapi at least nampak dia suka dengan pemberian itu, memang sudah memadai.. seronok tak terkata melihat dia tersenyum gembira.. segala penat lelah hilang berlalu begitu sahaja.

TAPI, semuanya hanyalah nukilan di sebuah alam nyata dan bukanlah di suratan takdir... memang syukur kalau dimakbulkan tapi apakan daya setelah penat mencuba tapi hasilnya tetap negatif.. aku sayang dia, namun dia sayang insan lain.. entahlah sama ada aku perlu terus gembira dengan suratan ini ataupon sedih dengan ketentuan tersebut. segalanya tetap akan diteruskan jua...


kasih tetap pada takdirnya
memenuhi pada bait-bait kata
ternyata dialah jua yang tercari
dalam sangkar cinta
yang akhirnya berpaling kasih 
pada yang terus mencuba
namun apakan daya
segala telah dilaku
hanya takdir penyambung bicara
yang hak pada yang suci
memenuhi nikmat kian termaktub
jualah impian dan harapan
pada penghujung satu kisah
walau berat untuk aku katakan
namun engkaulah jua 
sang dewi kebahagiaan kehidupan