Rabu, 6 Februari 2013

26/1


perasaan bila berjauhan dengan keluarga memang sadis.. seolah-olah kena berhadapan dengan duniawi keseorangan tanpa sebarang ilmu dan pedoman.. namun, bila ada seseorang yang sanggup menyelami lautan hidup cerita kita, dialah yang kita akan anggap keluarga seterusnya. thank you for let me drive through your story kid.

 aku dah mula merasai satu perasaan baru. perasaan untuk menerima segalanya SEADANYA. baik buruk sekali pon semua, nyataannya ia tetap perlu dikasihi. mata hati masih perlu ditajamkan, masih perlu dicurahkan, masih perlu banyak dipelajarikan. kalaulah semua yang aku lihat berdasarkan hati seperti sekala kali, tentu hidup lebih indah dinikmati.



kekadang, hati mula menerima unsur negatif dan akal mula mengiyakan. parah gundah setiap bait bicara kelak dan mahu pon tindakan. namun, ianya cukup pasti sengaja dibiarkan sedemikian agar hidup lebih berbaloi untuk tidak dibiarkan berlalu pergi sebegitu sahaja.

hari demi hari, banyak pelajaran luar yang diadaptasikan. semuanya harus diterokai dan dikonklusikan sendiri. nampak lemah, tapi itulah yang aku cuba belajar. belajar untuk mengharap pada yang lain, belajar untuk menjadi lemah, belajar untuk menurunkan ego, itu lebih mustahak.

Kosong Sendirian




Ahad, 27 Januari 2013

Mujabi Kasih

anda sudah sedia mengetahui akan akibatnya, kenapa masih dibuat demikian?
sekarang hati sudah resah gelisah dan negative input, siapa yang harus disalahkan??
bukan pertama kali sedemikian kalinya terjadi, mengapa masih tidak belajar daripada kesilapan?? kenapa??
relakan hati dikotori dengan titik hitam, sengaja atau tidak??
seronok tengok akibatnya nanti, kiri semua itu.. jangan dilayan sangat belahan durjana laknat itu.. mengerti??

jauhkanlah dari kamu, elak dari dia.. untuk kebaikkan semua pihak..
hati memang sakit, tapi itulah lumrah hidup..

senang cakap kan?? tapi bila terkena dengan diri sendiri?? wujud tidak perkataan 'sabar' semua kaitan itu. tentu tidak kan??

sudah cukup matang untuk bertindak dengan akal
sudah cukup kuat untuk menundukkan emosi
sudah cukup ilmu untuk melakukan perancangan

percaya akan ilmu yang dianugerahkan
bukan untuk diriakkan
bukan untuk didendamkan
dan bukan untuk dinafsukan
mahu pon bukan untuk dinegatifkan

kembali kepada Yang Maha Esa
nescaya akan dibekalkan cahaya
untuk digunakan dalam gelita
dan pekat kegelapan

disitulah akan wujud
satu pedoman yang hakiki
dan anda mengetahui hakikat tersebut
sentiasa Dia disisi

Nada Hati

fajar hati mula meninggi
untuk ruangan sang suria menempah hati
dan kelak akan diembuni 
menjadi kitaran dalam nada pagi

entah selama mana yang diingini
hati yang kian merindui
pada sang bulan di malam hari
yang kian hati dijauhi

kalaulah aku yang menciptakan
kalaulah aku yang merencanakan
kalaulah aku yang mengarahkan
kalaulah aku yang mengiyakan

pasti akan aku wujudkan
pasti akan aku paparkan
pasti akan aku pentaskan
pasti akan aku lakukan

kepastian itu bukanlah aku
kebenaran itu bukanlah aku
kesayangan itu bukanlah aku
keasyikkan itu bukanlah aku

mulut hanya mampu berbicara
telinga hanya mampu mendengar
tangan hanya mampu bertindak
mata hanya mampu melihat

namun hati mampu merasa
namun akal mampu berfikir
namun jantung mampu berdengup
dan namun air mata mampu terjatuh

luka luaran mampu diubati
mampu juga dilihat
luka hati sukar disembuh
kelak kasih yang dicari

Sabtu, 26 Januari 2013

Duhai Hati Lara


Selalu sangat mudah alpa dengan insan yang depan mata dan duka dengan insan yang kita sayang. Namun begitu, bila difikirkan positif semula, semuanya itu umpama final exam yang bakal dihadapi. Elak mahu pon tidak, final exam perlu jugak dijawabkan. Semua ini umpama satu percaturan hidup yang perlu dilakukan agar kita mudah untuk mengenal erti dunia.

Bukan berlagak alim ulama, tapi setiap sejarah perjuangan nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, rasanya semua kita tahu. Bermula dari lahirnya baginda sehingga ke wafatnya baginda, perjuagan nabi untuk agama Allah tetap diutamakan. Makan hati dengan insan sekeliling rasanya banyak sangat jikalau baginda benar-benar mengikut hatinya. Tapi rasanya tidak, beliau lebih mudah tersenyum dengan semua perihal ujiannya. Malah, beliau masih lagi sanggup maafkan manusia yang bunuh bapa saudara baginda. Dan wajib akan diperkatakan, baginda nabi ulul azmi, tentulah banyak rintangan hidup. Tapi jangan pernah kita lupa yang kita ini adalah umat Nabi Muhammad dan semestinya setiap dugaan yang hadir dalam kamus hidup kita itu hanyalah sebahagian kecil cerminan kehidupan nabi pada zaman baginda.

Dan bila semua dah selesai, kehidupan normal akan dimulakan semula dan seterusnya. Kalau diingatkan lagi kisah lalu, pasti lebih terobek hati. Pabila sudah dilupakan, ternyata sangat sia sebab semua itu kenangan yang tak pernah dapat dimana jua dan waktu sekalian.

Sabarlah duhai hati yang terluka dan kelak akan terus diubati. Biarkan luka hati diubatinya sendiri, kelak semua itu lebih indah bila diingatkan semula. Walaupon pahit ditelan, manisnya tetap jua terasa. Itulah dunia yang sementara, hakikatnya kelak jauh lebih indah dari yang disangka.

Isnin, 14 Januari 2013

Inspirasi Intipati 2012


Berlapis cerita berpaksikan pada detik 2012. Ada yang duka, gembira, tawa, riang, sebak dan erti. Semuanya digabungkan pada satu tahun 2012.

Cerita 2012 dimulakan dengan kemasukkan aku ke hospital akibat daripada jangkitan kuman di kaki dan kemudiannya satu cerita akan bermula. Sakit teramat sangat waktu itu, tapi hakikatnya itulah yang terpaksa aku lalui. Hari demi hari, saat bertemu saat dan minit berdetik minit, kesakitan harus ditanggung. Mungkin itu cara satu-satunya dosa diampunkan dan cerita ini cerita kesakitan.

Perjalanan 2012 diteruskan lagi dengan kemasukkan aku ke semester seterusnya. Semester yang mengajar aku akan bermacam jenis pengalaman dan memberikan rencah dalam kehidupan aku. Waktu semester ini, aku ditempatkan di A6-01-02. Teringat lagi detik ini ketika aku mula hendak daftar masuk, apabila aku dimarahi oleh pak ndak dengan dilandaskan dengan alasan yang aku memberitahu lambat akan kemasukkan aku ke UNITEN. Memang sakit hati ini sebabnya aku dah beritahu pada isteri keduanya yang aku akan masuk UNITEN pada sekian hari, namun tiada respon yang aku dapat dari dia. Yang aku dapat hanyalah amarah yang buak. Dan keesokkannya, aku, mak dan adik perempuanku pergi ke KL dengan harapan agar aku tidak dimarah dengan lebih teruk oleh pak ndak aku. Dan memang nyata, hanya perbuatan yang kurang enak sahaja yang disajikan. Tapi apakan daya, itulah dugaan insan yang miskin dipandang entah dengan sebelah mata oleh saudara sendiri. Pendaftaran harus diteruskan lagi pada tarikh tersebut dan pak ndak dengan mahu tidak mahu harus menghantar aku pergi. Kemudian setelah semuanya selesai, pak ndak pon lantas meninggalkan kami bertiga di situ. Bukan dengan sengaja, tapi dengan penuh nyata alasannya. Mak biarkan sahaja dia berbuat begitu dan memberi jalan penyedap hati ketika itu. Tabah sungguh mak dalam mengharungi setiap dugaan hidup. Dan ini adalah cerita kesabaran.

Berceritakan pada semester tersebut, aku ditempatkan di Amanah bertemankan tiga insan yang baru dalam kamus hidup aku.  Insan pertama iaitu roommate aku ketika itu, Khalid. Asal Jitra, dan pastinya pertuturan kami lebih kepada dialek kedah dan itu lebih menyenangkan aku. Agaknya sebab satu dialek, pasti lebih menyenangkan. Masa ini, dia yang banyak menolong aku dan aku masih lagi tak balas budi baiknya. Dan janji aku, sebelum graduate aku akan balas jasa dia dengan belanja dia makan. Insan kedua, Qaiyum. Pelajar jurusan mekanikal berasala dari Kelantan dan menetap di shah alam. Awalnya agak kekok untuk berinteraksi dengannya, tapi lama kelamaan berinteraksi jua. Dia pelajar yang agak cerdik dan merupakan seorang pendengar yang sangat baik. Aku kagum dengan cara mendengar beliau dan sememangnya aku ternyata kagum. Kalau dia ambik bahagian kaunselor, lebih sesuai dengan dirinya. Tapi rasanya dia tidak mengetahui akan kelebihan dia itu. Insan ketiga, seorang budak lepasan SPM yang mengikuti program Asasi di Uniten. Perkenalan awal kami bermula di minggu ketiga sebabnya minggu pertama aku tidak datang Uniten dan minggu kedua dia pula tidak munculkan diri. Peribadi dirinya yang membuatkan naluri aku kuat katakan yang aku akan rapat dengannya. Dan ternyata tidak salah, hingga ke hari ini hubungan kami lebih kepada hubungan seorang abang dan adik. Muzamir nama diberi, lahir pada 26/1/1994, bernumber 5 dalam metafizik yang membawa erti Perintis dan berzodiakkan Aquarius.  Dia sebenarnya mempunyai personaliti macam Hafiz. Baru aku sedar kenapa aku jadi tetiba rapat dengan dia, padahal aku dah pernah rapat dengan identiti macam dia. Segala-galanya mengingatkan aku pada Hafiz, yang membezakannya hanyalah umur. Aku pada mulanya tidak perasan semua itu, tapi kadang-kadang pelik jugak kenapa secara drastik aku boleh rapat dengan dia, pada hal aku jenis yang susah nak rapat dengan budak bawah umur aku, yup itu ego aku. Seriusly memang susah, tapi bila dengan Muzamir, lain pula jadinya. Rupanya personaliti atau identitinya seiras Hafiz dan biarlah belalu pergi. Jadikanlah pengalaman dan kenangan hidup ^_^ . Dan pada waktu semester ini jugak, bulan Ramadhan yang penuh berkat datang menjenguk kami sekalian Islam. Inilah pertama kali aku sambut bulan Ramadhan tanpa family aku yang jauh di hujung kampung. Sedih sangat tidak terkata waktu ini, tapi mujur ada kawan-kawan sekeliling yang banyak menolong mengisi kekosongan dalam diri. Masa yang paling segar di ingatan adalah waktu sahur. Dan selalunya bila waktu sahur, mak yang akan bertanggungjawab. Di sini, aku yang bertanggungjawab sediakan sahur untuk ketiga insan ini. Inilah pengalaman indah aku dan sememangnya ianya tersangat indah. Aku suka tengok mereka makan masakan aku, mereka menelan masakan aku, mereka meleraikan bahan yang tidak disukai dalam rmasakan aku, mereka memuji masakan aku dan aku ternyata suka pada waktu itu. Teramat sangat. Dan ini adalah cerita sebuah pertemuan.

Kehadiran benda yang teramat sangat aku sayangi pada tahun 2012 adalah sebuah kereta SAGA FLX, KDF 9890. Terima kasih mak untuk pemberian ini dan abang tak akan pernah sekali persiakan pemberian mak. Abang tahu mak susah banyak demi abang. Mak terpaksa berhutang sana-sini untuk pembiayaan abang dan mak terpaksa kerja berganda keras dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang diingini. Abang janji yang abang tak akan mempersiakan segala pengorbanan yang telah mak lakukan sejak dari mak mengandungkan sehingga membesar meningkat dewasa ini. Semua penat lelah mak akan abang ingat sampai bila-bila. Kadang-kadang tu bila abang melawan cakap, percayalah mak, abang tahu apa yang abang lakukan. Abang dah berfikir sedepa kehadapan, abang pasti dan yakin dengan naluri abang. Mak tahukan abang ni macamana? Mak tahukan perangai abang? Mak tahukan cara abang bertindak? Abang belajar banyak dari mak sebenarnya, kesabaran mak yang abang selalu idamkan sebab abang tak ada kesabaran setinggi mak. Terima kasih mak untuk pemberian kereta dan abang sangat berterima kasih. Demikan cerita pemberian.

Tahun ini juga diuji dengan pemergian lang, kakak kepada mak. Lang banyak menjaga mak dari kecik hingga ke dewasa dan sehingga menjadi seorang ibu. Sebenarnya, lang lah punya aku masuk ke UNITEN. Teringat detik itu lagi, bila aku dikhabarkan lang terkena sakit jantung tahap kritikal. Kami saudara dari kedah terus datang ke Hospital Serdang untuk melawat. Dan bila dikhabarkan sekali lagi yang lang akan dioperatekan untuk diletakkan bateri pada jantung, kami saudara sekalian terus mencari masjid terdekat untuk membaca yasin dan secara kebetulan masjid tersebut adalah masjid UNITEN. Di situ, kami membaca yasin dan khabar gembira kami dapat sejurus selesai kami baca, lang selamat dalam operate tersebut. Dan sudah nekad aku, aku terpegun dengan Masjid Uniten ini. Memang bukan masjid yang menentukan, tetapi kalau tiada masjid terdekat di kawasan itu, mana lagi yang akan kami bacakan yasin. 1 tahun berlalu sejurus dari pemasangan bateri di jantung lang, dan tarikh 10/10/2012 lang pergi buat selamanya. Saat aku kucup dahi lang, sejuk sangat. Tapi indah cara dikafankan, putih suci tanpa mengira darjat raja, perdana menteri mahu pon insan biasa, kainnya tetap putih. Semoga arwah tenang disana. Sekalian kalinya ini cerita pemergian.

Setiap kesakitan yang dilalui pada 2012 dilalui dengan penuh kesabaran. Pertemuan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa, dihidangkan dengan pelbagai rencah dan rempah kehidupan. Banyak yang aku belajar daripada setiap insan di sekeliling aku. Dan percayalah pemberian Illahi itu ada hikmah disebaliknya, dan terpulang kepada kita insan untuk terus berpegang kepada kurniaan tersebut mahu pon hanyalah memandang kekosongan. Setiap pertemuan akan diakhiri dengan sebuah perkataan pemergian. Dan setiap pemergiaan tetap akan berlaku sebaiknya saat berdetik, minit menitik, jam berputar dan masa jauh berjalan, pasti pemergian yang akan diakhiri. Sekali dalam semua, ini CERITA 2012!!!
Lukisan ruang tetap diukir
Dalam cerita saat bermunajat
Tawa riang silih berganti
Sedih nangis silih mengisi
Pertemuan dan perpisahan
Dijatuhkan pada niat hakiki
Merasa iya mahu kan pasti
Disemulakan dalam gubahan hidup
Dengan kasih dan hati
Dibiarkan padu dengan isian
Tetap akan mengalir limpah
Kisah yang sudah bertitik
Pada saat dinoktahkan 2012
Dan kelak disemulakan titik 2013

Jumaat, 28 Disember 2012

Jujur Rasanya


ya, gambar aku dengan ina.. dekat laman bawah PICC masa ini.. konon nak release tension selepas jawab exam dan hantar assignment dan juga presentation.. dan bukan nk puji, aku suka gambar ni.. entah macamana nak terangkan, tapi ternyata jujur dan ikhlas senyuman tu.. dua-dua sekali.. puji diri nampak 

Rabu, 26 Disember 2012

Tiada Pengubah Atau Mengubah

entah bagaimana, entah macamana dan entah mengapa hati ini tak pernah tenang dengan pilihan yang telah dibuat. kurang interaksi dengan Yang Maha Agung antara punca utamanya.. macam-macam benda yang difikirkan dan direncanakan sehendak hatinya..

mungkin inilah penyebab utamanya. aku terlalu memikirkan sangat tentang sesuatu yang tak pernah penting pon dalam hidup. dan sekali lagi situasi yang sama berulang kembali. seolah-olah aku tak pernah mengambil iktibar dari yang lepas, mengambil pengajaran dari yang sudah, membiarkan yang lepas dan yang sudah pergi sebegitu rupa.

aku terlalu mengharapkan kesempurnaan. apa yang aku beri, aku akan berharap sebagaimana balasannya. dan jika aku tak dapat sebegitu, hati aku resah dan tak tentu arah. agak mencabar bila menghadapi semua ini. aku perlu elakkan dari melakukan sesuatu yang akan merugikan aku dan juga diri yang lain.

memikirkan yang terlalu sangat, akan diikuti dengan sesuatuu tindakan yang tak pernah aku rasa selama ini.. aku mahukan yang terbaik, terhebat dan sempurna pada depan mata aku.. dia tak pernah salah, tapi aku yang salah menyebabkan semua ini..

hakikatnya mereka semua tak pernah salah dalam hidup dengan aku, tapi aku yang salah banyak.. aku yang akan menyebabkan diri mereka tercampak dari landasan hidup mereka. dan ternyata hidup aku kini hanya untuk insan tertentu sahaja. aku rasa serba salah sangat kalau2 kehadiran aku ini akan merubah corak hidup mereka.. siapa aku ini untuk merubah mereka? tak ada maknanya.. 

aku tetap aku
hadapi atau undur
aku tetap aku
nyata atau palsu
aku tetap aku
diam dan ketawa
aku tetap aku
tiada pengubah atau mengubah
tiada penarik atau penolak
tiada kuasa atau jawatan
yang ada aku
yang ada hanya aku
yang ada tetap diri aku
yang ada pastinya aku
terima atau buang
paksi atau rujuk
kasih atau kawan
sahabat atau musuh
aku tetap aku

Selasa, 11 Disember 2012

♥ JODOH ITU RAHSIA ALLAH ♥

♥ Rasa ingin menCINTA dan ingin diCINTAi itu adalah satu fitrah bagi manusia. CINTA seorang jejaka kepada wanita dan begitulah sebaliknya. Pelik kiranya seorang yang normal tidak punyai rasa CINTA. Namun, tiada CINTA yg diredhai ALLAH antara lelaki dan wanita sebelum adanya ikatan yang sah.







♥ Tidak salah jika kita sukakan seseorang. Namun, batas-batasnya perlulah dijaga. Kalau kita CINTA/sayangkan seseorang, eloknya tidak diluahkan. Bimbang nanti ALLAH akan kurangkan rasa itu. Sebaiknya berdoalah, hubungan yang dibina berakhir dengan satu ikatan perkahwinan. Kiranya kita sudah serius untuk hidup bersama dengannya, perkemaskan diri, bersedia untuk menggalas tanggungjwab dan bawalah berbincang untuk ke langkah yang seterusnya iaitu ijab dan kabul.



♥ Sesungguhnya tiada nikmat yang paling besar dlm perhubungan antara lelaki dan wanita iaitu perkahwinan kerna melaluinya sahaja semuanya menjadi HALAL. Apa yang penting, soal jodoh itu serahkan saja pada ALLAH. Gantungkan harapan hanya pada-Nya. Doa dan tawakal, jika dirinya sudah ditakdirkan untuk kita, takkan lari gunung dikejar.





*copy paste dari fb Sir Faez

Selasa, 27 November 2012

Say You

You Say


Isnin, 26 November 2012

dan bila akan waktu tibanya

aku banyak kawan perempuan dari kawan lelaki.. sebab utama aku kurang kawan lelaki, sebab aku memilih teramat sangat.. aku bukannya hanya nak seorang kawan, tapi aku nak seorang sahabat, seorang insan, seorang pendorong dan seorang pemangkin. 

rata-rata kawan laki aku semuanya adalah sahabat aku bila aku susah dan adik beradik aku bila aku senang..  itu mereka. tapi sebelum nak dapatkan semua ni, hati tuu memang banyak kali akan sakit.. rasa sakit sangat-sangat bila dia tuu bukannya kawan yang kita harapkan. namun, hakikatnya, matahari disembunyikan, hujan diturunkan demi untuk menyajikan pelangi yang indah. 

untuk yang terbaru, seorang budak lepasan spm jadi taruhan.. entah dia boleh kee tidak pon tak tahu.. antara sebab aku pilih dia adalah cara pemikiran dia yang unik.. dia berfikir sebelum dia bercakap.. jarang aku jumpa orang yang connectkan otak ngan mulut ni.. lagi sebab dia x ada sifat marah.. api marah dia tuu seolah-olah hilang. hurm, aku pelik bab ni.. mcmana api dia boleh hilang?? hurmmm.. selain itu, dia ni jenis insan yang kurang kasih sayang.. yang ini obvious sangat.. tambhan, dia ni ada something.. tadi aku tanya dia, apa dia nak jadi.. jawapan dia, dia nak jadi pemimpin.. aku terkejut sikit kat situ, jarang ada budak umur level dia yang dah pikirkan pasal tanggungjawab.. dia something different.. aku rasa dia kalau jadi pemimpin, dia akan jadi pemimpin yang sama jalan dengan aku tapi berbeza cara dia.. tapi dia perlukan pengalaman hidup yang aku rasa dia kena cari sendiri.. dia kena tempuh banyak benda sebelum umurnya masuk 20.. dan bila umur masuk 20, fasa baru akan bermula: fasa identiti diri.. 

sebelum nak jadikan dia sahabat kita, banyak benda kita sendiri perlu uji.. dan pabila banyak benda kita kena uji, banyak benda jugak kita akan rasa sakit hati.. tapi lama-lama nanti oke lahh.. 

aku belajar tengok manusia ni masa kat kptm.. belajar melalui pengalaman dan pemerhatian.. ditambah pula dengan perangai aku yang macam sesumpah ni, memang kena sangat.. bukan nak puji diri, tapi bangga dengan pencapaian diri.. itu sahaja.. at least, aku ambik something masa pengalaman hidup yang lalu.. tak gitu??

dengan orang ni kita akan jadi air, kadang-kadang wap dan kadang-kadang ais.. tapi hakikat tetap sama, dri unsur air.. 

semua berlaku, semuanya bersebab

family will come first no matter what happen.. betul kan?? keluarga lahhh segalanya dalam dunia.. harta yang memang sangat mahalnya, valuenya yang senantiasa indah harganya.. urm, itulah keluarga.. 

kadang-kadang tuu wujud insan luar yang kita anggap macam salah satu dari kelurga besar kita.. kawan selalunya yang menjadi insan tambahan. indah, seronok, bangga dapat jadikan sahabat kita dan kemudiannya menjadi salah satu dari keluarga kita. 

masa di kptm dulu, ramai kawan-kawan yang aku anggap macam satu keluarga.. dan pabila kita anggap mereka salah satu dari keluarga kita, pastinya rasa syg tuuu wujud.. dan bila rasa sayang tu wujud, tentulah kita nak yang terbaik untuk dia.. keluarga mana laa yang tak ada pasang surut kannn.. kadang--kadang tuu adik beradik sendiri boleh gaduh-gaduh, ayah ngan mak pon gaduh-gaduh manja.. ala, biasalah semua tuu.. 

selalunya bila bab keluarga ni kita akan buat sesuatu yangg berada di luar jangkaan kita.. kekuatan hati tuu yang menggilakan semuanya.. rasa sakit pon dah tak terasa bila bab keluarga ni.. memang pilihan setiap individu tak sama.. walaupon anda mencintai insan lain, kadang2 tuu, kami berharapkan anda memilih yang terbaik.. kami lebih senang tengok dari jauh, tanya khabar dari jauh sebab kami tahu batasan kami bila berhadapan dengan diri anda.. tentu akan kekok sebab kita dah mempunyai hala tuju masing-masing.. tapi ikatan keluargaan tuu tak akan hilang.. 

aku di sini berharap aku ada keluarga yang aku ada masa di kptm dulu.. tapi semuanya harus dicari keluarga tersebut.. from a stranger will develop to become one part of family. aku nak sangat rasa semua tuu.. sebab bila dengan keluarga kita, kita rasa selamat, rasa tenang, rasa bahagia, rasa diri kita sendiri.. aku harap aku jumpa keluarga aku disini.. sebab sini, aku rasa sunyi sangat.. entah2 ni laahh yang aisyah rasa masa dia mai alor setar dulu.. 

percaya pada ikatan keluarga, memang tak akan terpisah walau sejauh mana hati anda telah pergi.. walau sedalam mana hati anda telah jatuh, walau sekeras mana hati anda jadi.. percaya pada ikatan keluarga, memang itu ubatnya.. 

Ahad, 4 November 2012

4.Nov.1989

siap post kat wall facebook lagi kata aku lupa nk wish kat untuk dia.. mana laaa boleh aku lupa birthday someone that so special in my whole life..


someone that give me hope when there is no hope in front of you, someone that surely strong enough to fight with me, someone that just beautiful in the that the God created and for sure someone is just that way you are..  

Untuk Siti Aisyah Binti Samad, selamat lahir ke dunia pada tarikh 4/11/1989.. selamat menjadi seorng budak perempuan pada ketika lahirnya. hidup penuh dengan sebuah satu alam cerita yang baru.. impian yang hanya satu untuk keluarga dan insan yang penting dalam hidupnya.. dan pada saat dan ketika dia menjadi seorang remaja perempuan, dugaan tetap jalan bersama dengannya.. dugaan yang untuk memantangkan dirinya, dugaan untuk terus mencorakkan dirinya.. saat kaki menglangkah ke dunia baru, saat itu jugaklah dia akan terus meniti setiap perubahan suasana pada dirinya.. namun hati tetap akan dibentuk bersama-sama dan insyallah perempuan ini akan menjadi seorang wanita kelak.. 




ini masa pertama kali aku pertemuan yang akan membawa satu juta maksud tersirat. entah apa yang terjadi kalau masa tu aku tak masuk jadi mpp.? adakah aku akan terus kenal dia?? hurmmm, a lot of pop up question that always and always come out of my mind when i see this picture..


bilal gedik ngorat aisyah.. hahahahaha.. biasalah bila satu team, gaduh2 then pas gaduh tuu baru rasa yang dia betul dan kita salah.. then baru kita berfikir kenapa pemikiran dia lain dari yang lain.. masa tu wujud 'jatuh perasaan'.. hahahaha

walau apa pon yang terjadi, hubungan kita akan terus berkekalan hingga ke syurga.. insyallah nanti kita akan bertemua jua di alam satu lagi.. 






SELAMAT HARI JADI AISYAH YANG KE 23!!!!!!!!!! (tua dahhh oiiii, orang dulu2 anak dh 10 dhhh umur niiii)





Isnin, 15 Oktober 2012

Lang, semoga ditempatkan di Firdaus

Sudah menjadi satu kembali arah kata, pujangga yang diucap akan terus memakan diri. Entah bila ianya akan dimakan atau pun dimamah, masih lagi mencari ruang dan waktu. Dan pastinya kelak, semua akan menjadi nyata. 

Kematian memang tak dapat dipisahkan dengan erti kehidupan. Tiap yang hidup pasti akan terus mati, yang bakal menjadi perdana menteri belum tentu, yang bakal merentap dunia pon belum pasti, yang bakal memimpin sebuah umat pon masih terbayang-bayang, namun yang pasti hanyalah satu kematian. Itu hakiki dan kelak menjadi pedoman buat semua. 

Tarikh 10/10/2012, aku kehilangan seorang insan yang bagi aku agak istimewa. Beliau secara nyatanya, tiada penganti. Beliau tetap insan pertama yang seumpamanya di dalam hati. Ibu saudara aku yang teramat aku sayangi telah pergi kepada Yang Maha Agung Sang Pencipta. Kembalinya ke sisi Illahi menguatkan lagi hati aku akan sebuah kematian yang pastinya akan tiba juga untuk aku. Saat sedih menyelubungi diri waktu dia akan dikapan dengan kain berwarna putih. Putih suci dia kembali kepada Illahi. Hiba dan sayu saat suasana itu, anak kecil yang tidak mengerti pon seolah-olah memahami suasa tika itu. Sakit jantung yang dialaminya waktu itu memang memeritkan. Banyk wayar-wayar yang dicucuk sekeliling tengkuk beliau, sakit memang tidak kelihatan tapi terasa. Hendak saja aku menanggu kesakitan itu bagi pihak dia tapi apakan daya sudah begitu nasib dan tanggunggannya. Waktu diminta oleh ibu aku untuk menkucup jenazah buat kali terakhir, memang sejuk sangat aku rasa. Dahinya sejuk, biru-biruan dan wajahnya aman. Indah ciptaan Allah , dihidupkan dengan indah dan dimatikan dengan indah juga. Disebabkan beliaulah, aku melangkah ke Uniten. Jika tidak kerana beliau pada masa tersebut, tidak langkah kakiku ke Uniten ini. Disebabkan beliau jugalah, keluarga aku membeli kereta untuk aku. Memang disebabkan beliau semuanya. 

Hati aku sunyi ketika ini, memikirkan yang pasti dan yang nyata. Entah yang mana patut aku ikuti dan yang mana aku patut aku jauhi. Dan yang pasti, ianya wajib dilaksanakan. 

Isnin, 2 Julai 2012

satu istilah "SYUKUR"

alhamdullilah, syukur sangat.. minggu ni banyak berita baik yang dimaklumkan oleh-Nya kepada diri ini.. ternyata, doa aku selama ni dipermudahkan dan juga dimakbulkan olehNya. siapa sangka, doa yang dipohon sekian kalinya, dan dijadikan kenyataan, memang antara fenomena keajaiban dunia. syukur sangat kesekian kalinya... 

antara berita gembira tersebut, kehadiran "bini" tercantik saga flx warna hitam yang diberi nama 
"kdf 9890".. no birthday disemadikan menjadi no plate.... memang aku nak sangat... ingat lagi waktu diploma dulu, dok tgk no plate cantik2 jaaa, tros jdi excited.. menjadi impian jugak utk semadikan tarikh lahir dalam no plate. dan akhirnya, dimakbulkan. alhamdullillah syukur sangat... kereta tersebut akan digunakan di uniten ini untuk memudahkan perjalanan pembelajaran aku... mungkin akan tinggi sikit kos nya, tapi kalau kereta itu bukan untuk aku, dari awal lagi aku tak akan dapat kereta aku.. kan?? sebab aku percaya Tuhan tak akan berikan apa yang kita nak, tapi akan berikan apa yg kita perlukan... 

surat dari pihak MARA sampai ke rumah pagi tdi.. sampai2 jaa, mak terus bukak surat tuuu.. dibacanya dengan penuh teliti.. dan kemudian menelefon aku menyatakan satu lagi khabaran terbaik.. total pinjaman aku masa diploma dulu yang dianggarkan sehingga rm35k dikurangkan ke RM3k sahaja.. yup, aku kena bayar hanyalah RM3k sahaja... perghhh, syukur sangat2... 

hidup ini tak pernah mengecewakan, cuma kita yang selalu berkecewa dengan keputusan kita masa hidup..